28 October, 2011

lessthanamini , morethanakancil

colleague #1 : saiful, you datang sini naik motor eh?
aku : nah, i'm driving. why?
colleague #1 : wahh. what car?
aku : kancil.
colleague #1 : tipu lah! anak pengarah mana ada pakai kancil
aku : betul lah.. what is the benefit if i lie to you about my car?
colleague #1 : eh tak cayalah.. tak standard ah bawak kereta macam tu
aku : ....


colleague #2 : bhai hujan lagi lah camni
aku : tau takpe. leceh ah hujan
colleague #2 : ah kau takpe ah naik kereta
aku : leceh kot, jem lagi.. cam harom.
colleague #2 : ah takpe ah kau bawak kereta besau boleh ah
aku : besa mende nye kancil je kot
colleague #2 : kancil?
aku : ha'ah.. dah dkat 15 tahun ade dengan aku..
colleague #2 : ah.. kerete tu kau patut ganti je..
aku : ....

colleague #3 : saiful awak parking dekat mana?
aku : park dekat bumbung depan block 9. kenapa?
colleague #3 : bumbung? tempat parking pengarah tu?
aku : hah yelah kak.. saya tak tau.. mama suruh park je situ, kalau tak mane lagi an nak park? semua macam full je
colleague #3 : laa, awak bukan bawak kancil jeke?
aku : ...


either way I'm happy to tell you I might be using that kancil until at least 2015.
yep. until her 20th birthday.

what's with the title? oh, papa nak jual MINI. so. yeah. and it's rhyme. and it's actually stuck inside my head.

ssupp.

24 October, 2011

nazar


"why always me?"


Dah lama aku tak buat nazar. last time aku buat aku nazar botak rambut. taun ni (or to be more accurate, taun depan) aku nak buat nazar. Manchester United menang league nanti, aku nak beli jersey home, kat belakang instead nama player, aku nak taruk "Why always us 20".

I'm fucking seriyes. Do remind me if somehow I forget about it or I have amnesia.

23 October, 2011

don't ever go against your guts, your instinct.

i think it's going to be the same thing over and over again. i know it'll turn out to be bad, or this case, ripped my heart out, but to be honest, i think i'll continue to do the same.

i always goes against my heart, my guts, my instinct. i don't want to believe it. i hate to believe em. but the more i wanted to go against it, the more i learnt the lesson the hard way.

but i'll never learned. i'll continue to make this shit, over and over again. and i'll not be surprised if it'll take away my life.

22 October, 2011

kau patut buat tak tahu

harini dah sabtu. besok dah ahad. sigh.

setiap hari masa berlalu perlahan. setiap hari apa je yang aku nampak dari tingkap tu? benda yang sama. setiap hari aku termenung skrin komputer. setiap hari aku terbaring atas karpet.

menghitung detik.

jadi harini sabtu. besok dah ahad.

tapi ape aku buat? i mean, apa aku BOLEH buat? nothing. daripada cuba memahami kau ibarat cuba menambah garam dalam luka. aku NAK keluar. aku NAK buat apa sahaja.

tak ke faham yang aku DAH REJECT even BENDA yang aku dapat FREE? boleh brain tak?

dan kau patut biarkan aku sahaja, dari acah-acah. buat apa muncul untuk 5 saat? baik aku lenyapkan diri aku sudah.

kau patut buat tak tahu. kau patut biar aku terus alang-alang.

fikir aku kau dah berubah, rupanya sama sahaja. aku yang patut ubah aku.

kapal terbang

Malam tu hujan lagi. Abang aku dah kembali melelapkan mata atas katil dia. Aku, buat keputusan macam biasa lah. Ke bawah, ke tepi rumah.

Gelap. Sunyi. Kacau-bilau. Ribut.

Aku nyalakan lilin dalam pelita itu.

Diam yang membunuh. Perlahan aku tersandar, dan memori kembali berputar. Ah, at least aku tak payah deal dengan realiti yang sentiasa menguji kesabaran aku. Yang sentiasa perit aku telan.

Kena jugaklah telan.

Sekilas, demi sekilas, seolah-olah slideshow. Dalam baju merah panjang tu, aku, bergenang, terlelap.

20 October, 2011

lagi, lagi, dan lagi.

hujan lagi. aku tak boleh la macam ni. kenapa aku affected sangat dengan hujan?
hujan hujan hujan.
aku nak jadi macam orang lain yang boleh tidoq macam xdak apa waktu hujan.
yang menunggu hujan.




tiap kali hujan, aku sebahagian sedar, sebahagian berhalusinasi, sebahagian terjerit-jerit.
menyedihkan.

15 October, 2011

For every piece to fall in place, forever gone without a trace.

buat aku dengar banyak-banyak kali. best, at least for me

sama

dia meniarap, lalu membuka mata, dan ternampak sesuatu di kaca yang bercahaya tu.

kelam kabut, dia menutup.

oh.

fikir aku kau berubah; sama sahaja.

14 October, 2011

work!


Seperti yang korang nampak, dalam banyak-banyak case tu, ada 4 case yang aku dah confirm siap. 1 lagi takde dalam gamba. Dan seperti yang korang nampak, surat ni perlukan signature aku. Iyem proud.

p/s; ni dekat Unit Undang-Undang. Sebelum ni aku dekat Unit Operasi dan Lawatan dan Unit Tunggakan Hasil. So far aku tak regret satu pun tempat kerja yang aku pergi.

09 October, 2011

tunggulah sampai hujan tedoh.

Update. Tadi kerja. Overtime. Walaupun bukan dapat duit, tapi kalau kumpul 9 jam leh tebus satu hari kerja, satu hari cuti bergaji. FYI cuti bergaji aku cuma 3 hari sampai bulan 12. Sehari aku dah guna untuk raya. So yeah.

It turns out yang aku takleh claim untuk hari ni. Tak cukup 9 jam. Bos cakap kalau kerja 9 jam pun, 1 jam akan dipotong, sbb lunch. Lagi cam fak, 8 jam tu, tak leh cukup kan dengan OT biasa. Kena OT time cuti jugak. Bodoh apa nak kerja lagi sejam tu?



Tapi, hari ni langit cerah. Clear. Dari tingkat 16 tu, aku boleh nampak rumah atas bukit dekat Taman Rimba Templer Rawang. Awan pulak, aku boleh nampak seketul seketul, clear punya. Tak macam selalu. Angin.. jangan cerita lah. Dekat bawah pun tahap chill dia time 11 pagi macam dekat Bukit Tinggi. Dekat atas, peh.


So anyway.


Untuk aku update pasal aku, aku truthfully, malas. Same old story. So how faktap dah cerita aku minggu ni;

Aku dapat tiket free seating BAEK punya dekat Dewan Philharmonik untuk ntah sape punya performance. Janji datang je bak kata pemberi.

Tak dappp.

Aku dapat tiket + backstage pass untuk Rockaway, si boyfriend clash. Janji datang.

Tak dapppp.

Last skali aku masukkan lam shredder time OT tadi. True story. Puan Zainon a.k.a tuan punya shredder a.k.a bos yang tak bagi OT lebih tu dah geleng-geleng kepala.

Pelis lah understen. Aku nak pegi. Aku yang beria nak pegi, skali aku yang tak pegi? Tolonglah. Aku boleh gerenti, aku lah lelaki yang paling (kalau tak, antara) susah tak jadi pergi.

Tapi. Hujan lebat semalam takleh celen hujan aku. True story.

Sebab, jangan tanya. Aku tak nak ingat. Aku harap minggu depan walaupun dah takde tiket free, aku punya nasib berubah. Tolonglah. Aku dah tak tau berapa kali aku post macam ni, tapi tu lah. Hmh.

/patpat

08 October, 2011

nasik sudah jadik buboq.

buboq. antara makanan yang paling aku tak minat. well, 'cept for bubuk lambuk. tu lain cite. juadah penting tatkala menempoh ramadhan.

aku paling anti bubur. tak sedap. lembek. melekit. cayaq. slimy. pekat. atau apa-apa lagi yang boleh describe buboq.


but lately, bibik buat aku suka bubuq. tch. aku pelik, aku tgk gak dia buat apa dengan buboq tu. nak kata taruk garam banyak, tak jugak. tapi, sedap.

dan dinner aku, lunch aku 2-3 hari ni buboq ja. hehehe. preparation i guess. lepaih ni kalau kena makan buboq buleh la terima dengan hati serta tangan yang terbukak. x)

06 October, 2011

work-a-holic.

today was a bit fucked up. i kenot lepak at the pantry for the whole day, and to makes thing worse, i passed out in front of the punch card machine thingy. once i wake up they were kinda a big buzz about it, and although i insist everything was exaggerated a bit too much,  they were sooo keen on telling my mum. i begged and begged, i don't know how long since i begged this hard.

so anyway, the things to ponder is, either is my body is exhausted, lack fitness etc or i handled too much stress. I don't believe in the second, as much as I don't believe in the first one. So I decided to test my body to the max this late evening, and I managed to cover a distance of about 2-3kms non stop jogging, which is a bit fair considering I stop running consistently like, YEARS ago? though my body is feeling like tearing apart; the same feeling that you'll get if you not sleeping for like 2-3 days or so, but I think, it's not my body that's failing me.

so that, maybe explain why I become something that I never imagined I'll become, a workaholic. My colleague; those 3 units I've been so far, always tell me to take things slowly, don't over-worked, but I think I can do better, besides,

I can't do nothing. If I just sit around, takes thing slowly, first, I'll become lazier and tired by passing seconds, most probably because lack of sleep I guess, and secondly I started to think things. Or remember things.

Immersing myself into work.. is something I cannot brain myself, let alone my friends.

But, it's a simple thing; Do that complicated, tricky, technical works, try to complete it, and you don't have time to think about other stuff.

Exactly what I needed. So how?

04 October, 2011

terlepas.

aku senyum.
dia senyum.
dia ikhlas.
aku paksa.
dia kuatkan diri.
aku paksakan diri.
dan akhirnya dia tersungkur.
tetapi
masih senyum.
aku?
masih paksa.


sampai sekarang.
.kebelakang.




post terakhir aku macam ni. tak boleh aku post macam ni. awkward. jadi,

03 October, 2011

insomnia?

“so sleepy, it's too bright please turn out your light”

A whole world waits for you when you turn out the lights. In our dreams, lie childish figures, random shapes and half remembered memories. Each one is different yet somehow the same. Dim your lights to enter Ana's dreamworld.

www.anasomnia.com

remember to wait for the loading. it was worth my 30 minutes of waiting.

you are not alone dear loneliness.

Pukul 3.05. Aku termanggu-manggu.
Baru di tempat baru.
Kerja apa pun aku tak tau.
Jujur cakap,
Aku agree untuk pindah ke unit undang-undang ialah;

Ianya di tingkat 16.
Lagi tinggi dari unit asal aku, unit Tunggakan Hasil;
sub unit Operasi dan Lawatan.
Tingkat 14.

Cuba kau bayangkan.
Di tingkat 14, hembusan angin tika aku buka tingkap,
cukup untuk membuat aku berfikir dan berfikir,
dan berfikir,
dan tersenyum,
bagaimana di tingkat 16?
Boleh?

Boleh bayangkan?

3.15.
Aku melangkah ke pantry sebaik sahaja nampak pegawai-pegawai keluar.
Dalam tempat aku kerja ni, panas.
Entah kenapa aku tak tau.
Tak penting.
Aku tutup pintu, menghadap ke arah tingkap-tingkap.
Bilik ni,
menghala ke arah Mahkamah Jalan Duta.
Besar kubah.
Entah apa fungsi aku tak tau.
Bagi lawa. Biasalah manusia, tertarik dgn yang lawa.
Bagi aku perangai yang membezakan manusia lawa dengan tak.
Oh ya.

Ada pegawai sambilan yang hot.
Maksud aku, dia tak lawa pun,
tapi dia hot. Attitude dia.

Sambung.

Aku tolak tingkap tu.
Tak bergerak.
Apesal?
Tolak lagi.
Tekan lagi.
Tolak sampai urat leher tegang.
Baru terperasan;
oh, tak bukak selak.
Sebaik saja berjaya tolak tingkap tu,
hembusan angin menderu; menolak muka aku,
menampar nampar.
menarik narik
..membelai belai.

menggoda.

Aku, hanya mampu memberi senyuman,
macam biasa lah.
Tapi,
kali ni, ikhlas.
Sebab tak tergambar.

Lalu aku perasan ada tangga.
Kecemasan.
Dan tangga tu, hanya dinding setinggi pinggang.
Tak ada penghalang.

Aku tersenyum,
LEBAR.

Okay, sila berhenti baca wahai orang yang takkan faham.
Tolonglah.
Aku taktau mana lagi nak luahkan perasaan ni.
Tolonglah.
Jangan judge aku.
Jangan judge aku, kalau kau tak memahami.
Sebab aku tak tau macam mana nak luahkan
Sebab perasaan ni,
Aku tak reti gambarkan.

Aku ternampak, ada si kelabu, bersinar.
Sedang bertenggek di tepi tingkap aku.
Bermata merah, berkaki merah,
Berbulukan teal, biru dan kelabu.
Membuatkan dia sangat ironi kepada abangnya, simbol kedamaian;
si Puteh.

si dia, bertenggek orang-sorang.
melihat aku, melihat hadapan, melihat ke bawah.
kemudian dia meloncat ke tangga,
melangkau ketinggian 16 tingkat tu.
dan terus memandang ke kiri, ke kanan
atas, bawah.

Cari apa?

Kau, ada sayap.
Kau boleh terbang. Kau
Boleh rasa angin, boleh nampak semua dari atas
Boleh terbang.

Kenapa kau bertenggek dekat situ?
Kenapa kau tak cari teman-teman kau?

Dan aku terbayang.
Terbayang, apa perasaan si dia.
Menenung si orang yang di tingkap,
berada di tepian, berada di penghujung,
di ketinggian 150+ kaki.
Merenung ke bawah, melihat semua kecil sahaja.
Membayangkan diri terbang,
Membayangkan merasa ditolak angin, di tarik graviti,
Kesejukan, kedinginan,
Kechuakan. Kekecutan perut.

Sempatkah aku merasa angin?

Pintu bilik itu dikuak,
Dan lamunan aku mati.

dear macy

sesungguhnya, aku menyusun sepuluh jari, memohon maaf.
sesungguhnya aku manusia hina yang hanya membuat salah sentiasa.
sesungguhnya, kau telah salah faham.

bukan niat aku menghakimi kau.
tapi kalau kau rasa begitu,
maka aku lah yang salah.
jadi terima kasih kerana menegur aku.
sangat, sangat, sangat, sangat terima kasih.
sangat, sangat, sangat, mintak maaf.

maaf lagi sekali jika entri ini sangat lambat
sebab aku menanti penjelasan kau, kenapa kau rasa aku buat macam tu.
bila kau mendiamkan diri,
fahamlah
aku tersalah pilih kata.

seperti yang aku telah cakapkan dalam komen aku tu,
aku sendiri tak tau samada itu jalan yang betul,
sbb itu cara aku.
kalau salah, maaflah, bukan niat aku menghakimi kau.

jadi aku mintak maaf lagi, sangat-sangat.
sementara sempat.

anyway. bagi mereka yang baca post ni, ketahuilah bahawa dengan menegur aku, kalau betul aku salah, aku akan mintak maaf. aku takkan makan korang. jadi tegurlah aku. jangan bawa dalam hati. nanti bawa ke belakang aku dan mula menyebarkan, kan ke dah panjang cerita. biarlah aku perjelaskan, kalau tak memadai, aku mintak maaf.

sekian.

01 October, 2011

come on.

Kereta blue-black Compressor tu ke kiri. Ke kiri lagi. Kemudian ke kanan. Ke kiri lagi. Sesekali si pemandu mengerling ke arah penumpang sebelah kiri. Muka penumpang gelisah. Marah?

Takpe, aku tone down sikit.

Kereta itu kemudian mengekor rapat kereta Camry putih itu. Pemandunya ke kanan sedikit, supaya pemandu Camry itu nampak ada kereta ikut rapat, sedar dan ada sense of urgency.

Tapi biasalah, orang Malaysia. Tak mengenal usia, kaum, bangsa, bahasa serta agama. Kebanyakkannya ignorant.

Si pemandu mendengus. Si penumpang makin tak senang duduk.

*****

Keluar sahaja dari Smart-Tag, si penumpang mulakan bicara.

"Aizat ni kenapa? Marah dekat mama ka?"

"Mana ada lah mama.."

"Habis dah bawak macam tu, kiri kanan cucuk cucuk kereta orang paseipa?"

"Takdak apa la mama.."

"Mama kenal anak mama, mama tau la! Mama tau anak mama memberontak dekat mama macam mana" Aku tersentak. Betul?

Betul? Yakin?
"Badan Aizat tak sedap. Asyik muntah. Lengah. Rasa macam nak pitam. Lepas tu Aizat stress mama. Tension. Kerja lagi. Apa lagi. Dengan semua pemandu macam ni dekat highway, dekat jalan biasa lagi, Smart-Tag lane rosak lagi,"

"Dah berapa hari Aizat macam ni, sebelum pi Skudai lagi."

Diam.

Sunyi.

Sepi.

Kenapa? Kenapa diam? Dah tau sangat kan? Faham kan? Apa yang boleh buat?

Macam semua orang. Perhatikan sahaja. Best tengok.

*****

Selepas kunci ditarik, seat automatic ke belakang, stering diadjust kepada default, aku melangkah terus ke arah Kancil. Senyum. Harapan aku menggunung.

Deruman dia mengingatkan aku keperitan hidup. Hidup tak pernah senang. Penuh dengan sengketa. Manusia tak pernah nak tolong orang lain. Memaafkan. Cuba memaafkan. Cuba tolong orang faham apa salah silap orang itu.

Cuba faham orang lain.

Aku tak salahkan sapa sapa. Aku tau, masalah dia aku. Memang aku all along. Sapa ja boleh faham aku? Aku tak salahkan Mama. Papa pun. Sebab aku, memang macam ni.

Aku salahkan diri aku. Jadi aku tanggung jelah akibat.

Aku tau ini semua akan terjadi. Jadi macam biasa, kunci kereta Kancil kena sentiasa stand-by. (: