24 May, 2012

Yours Truly.

sebelum aku meneruskan tulisan aku, adalah lebih baik kamu kamu dan kamu yang membazir masa membaca tulisan ni, hentikanlah.

sebab tulisan ini aku tulis untuk aku, dan demi aku. bukan untuk menghiburkan kamu.

bismillahirahmanirrahim. salam penghabis bicara.

--

ya allah ya tuhanku.

kepada tuhan yang maha agung, tuhan kepada segala makhluk, dan tuhan yang mencipta alam.

aku, sesungguhnya, hanya seorang lagu hamba hina mu, yang sangat lemah. ujian yang kau berikan kepadaku pada hematku, sangat sukar.

mungkin tidak pada orang lain. sebab sukar adalah subjektif. semua orang berasa susah pada tahap yg berbeza. ini, bagi aku yang lemah, adalah sangat, sukar.

aku tak tau ini kali ke berapa aku mengadu kepadamu sepanjang 7-8 tahun kebelakangan ni. dan ini juga bukan kali terakhir.

adalah sangat sukar bagi aku bila aku finally sedar, yang aku masih tak mampu bergerak, tak mampu move on. kenapa aku sangat sukar bergerak, meninggalkan yang lepas? macam apa yang dia sedang lakukan?

kenapa aku masih tersekat disini, tak terdaya untuk bergerak, sedangkan aku perlu untuk bergerak, sedangkan dia sudah jauh tinggalkan sentimen yang ada? kenapa semua orang mampu, kenapa aku tak?

sedangkan dia, kau sibukkan dengan pelbagai urusan. tetapi aku, aku kau kurangkan urusan aku, sedikit, demi sedikit, sehingga hampir tiada apa?

sedangkan kau tahu yang aku perlu sibuk untuk melupakan masalah aku, seperti manusia-manusia lain? dengan masalah tak tidur aku.. ah. setiap malam ibarat satu loop masa, berulang-ulang, benda yang sama, aku, baring di situ, bermuhasabah diri.

bergenang air mata aku, setiap kali aku memikirkan apa yang jadi dekat aku, apa yang aku fikir semalam, tentang apa yang akan aku cuba buat untuk menghentikan loop tersebut, sedih memikirkan kelemahan aku, ketidak mampuan aku.

memikirkan nasib. apa yang aku boleh buat untuk ubah nasib aku?

nasib rezeki tidak sambung belajar.

nasib mengira masa untuk malam berlalu pergi.

nasib kesihatan yang.. semakin terabai.

nasib kemalangan yang itu.

nasib aku yang kini tak berkeupayaan bekerja.

bahkan aku tak mampu untuk bermain permainan untuk menghabiskan masa aku.

nikmat eskepism dengan memandu kancil.

nikmat tidur untuk merehatkan diri dari terlalu memikirkan benda.

sakit ketika membersihkan diri, ketika rukuk, ketika merapatkan dahi di sejadah

tiap tiap malam, bahkan dari dahulu lagi, sedikit, demi sedikit, keyakinan aku terhadap diriku kian terhakis, dan.. tahun ni.. keadaan menjadi makin teruk.

kini, tiap-tiap malam aku.. tak mampu berbuat apa-apa, selain wuduk, sujud kepada mu, merintih, merayu, mengadu.. aku semakin benci dengan aku yang ini.

aku, tak mampu tuhan. aku rasa aku tak cukup kuat dah. tak mampu untuk bertahan. tak mampu untuk berbuat apa-apa, samada untuk keluarga, untuk sahabat, rakan, orang yang aku ambil berat, bahkan dia.. lagilah aku. tak.. bukan macam ni..

aku tak mampu mengumpul kekuatan untuk berdiri, untuk aku terus tegar dalam ujian mu, seperti yang aku lakukan dari saat aku mengerti erti sunyi dan sedih. padahal.. ini bukan kesnya, pada tahun 2008. awal 2008. aku mula merasa nikmat meminjam kekuatan dari dia, dan, kini, adakah aku harus kembali seperti dahulu?

tabahkan hati aku ya allah, teguhkan iman aku,

ya tuhan, adakah ujianmu ini, semua, adalah balasan kekhilafan aku? balasan kesalahan aku selama ini? atau.. bayaran kepada kebahagiaan dia? kalau ini semua harga untuk dia bahagia, aku.. aku.. ah, aku, tak sanggup.. aku seorang, tak sanggup nak hadapi semua ini seorang, sendiri, 6 hari lagi? 6 minggu lagi? 6 bulan lagi? 6 tahun lagi? aku.. betul betul tak sanggup..

tapi kalau itu mampu buat dia ketawa, gembira, bahagia, macam biasa.. tak, lebih dari dulu.. apa, tak mungkin aku sanggup tolak.

tuhan, bahagiakan lah dia, gembirakan lah dia, kuatkan lah semangat dia, murahkanlah rezeki dia, temukan lah dia dengan jodoh yang jauh lebih baik, sihatkan lah tubuh badan dia, panjangkan umur dia, sihatkan keluarga dia, harmonikan keluarga dan rakan-rakan dia..

kalau itu ganjaran aku, kalau itu, ganjaran kesabaran aku, mengharungi semua ujian ini.. ah.. apa lagi yang aku mampu minta.. aku akan harungi semua ujian tu dengan lebih sabar. lagi sekali, lagi sekali, selagi aku mampu.

dalam masa yang sama akan aku kuatkan lagi kudrat aku supaya mampu terus berbakti kepada ibu bapa aku, untuk keluarga aku, untuk rakan-rakan aku, aku akan lebih bersyukur.

kalau ini mampu buat dia gembira, buat dia senyum selebar-lebarnya, senyum sampai telinga, aku rasa aku mampu harungi ujian-ujianmu. gerakkanlah dia, jauh dari aku, lenyapkanlah aku dari ingatan dia, kalau itu akan menjamin kebahagiaan dia.

sebab aku sedar, betapa aku ni hanya manusia yang mampu mencuba, tapi tak mampu untuk memberi kebahagiaan apa lagi menjamin kegembiraan orang yang aku sayang.

biarlah kebahagiaan aku menjadi galang ganti untuk kebahagiaan dia, kawan-kawan aku, keluarga aku, keluarga dia, orang yang aku ambil berat, kalau itu yang diperlukan.

--

setiap permulaan, ada penamatnya. nurkilan ini pemutus bicara selagi keadaan menjadi seperti asal. yang aku sangat ragui akan terjadi. yang aku tahu takkan terjadi. aku akan rindui blog ni, sebab apa yang pernah aku lalui dulu, aku takkan nak ubah apa pun, sebab itu yang membentuk aku.

--

sesungguhnya aku hanya hamba mu yang hina yang hanya reti mengadu dan meminta-minta.

dan sesungguhnya kau maha mengerti, maha agung dan maha bijaksana.



yours truly. saiful aizat.