03 October, 2011

you are not alone dear loneliness.

Pukul 3.05. Aku termanggu-manggu.
Baru di tempat baru.
Kerja apa pun aku tak tau.
Jujur cakap,
Aku agree untuk pindah ke unit undang-undang ialah;

Ianya di tingkat 16.
Lagi tinggi dari unit asal aku, unit Tunggakan Hasil;
sub unit Operasi dan Lawatan.
Tingkat 14.

Cuba kau bayangkan.
Di tingkat 14, hembusan angin tika aku buka tingkap,
cukup untuk membuat aku berfikir dan berfikir,
dan berfikir,
dan tersenyum,
bagaimana di tingkat 16?
Boleh?

Boleh bayangkan?

3.15.
Aku melangkah ke pantry sebaik sahaja nampak pegawai-pegawai keluar.
Dalam tempat aku kerja ni, panas.
Entah kenapa aku tak tau.
Tak penting.
Aku tutup pintu, menghadap ke arah tingkap-tingkap.
Bilik ni,
menghala ke arah Mahkamah Jalan Duta.
Besar kubah.
Entah apa fungsi aku tak tau.
Bagi lawa. Biasalah manusia, tertarik dgn yang lawa.
Bagi aku perangai yang membezakan manusia lawa dengan tak.
Oh ya.

Ada pegawai sambilan yang hot.
Maksud aku, dia tak lawa pun,
tapi dia hot. Attitude dia.

Sambung.

Aku tolak tingkap tu.
Tak bergerak.
Apesal?
Tolak lagi.
Tekan lagi.
Tolak sampai urat leher tegang.
Baru terperasan;
oh, tak bukak selak.
Sebaik saja berjaya tolak tingkap tu,
hembusan angin menderu; menolak muka aku,
menampar nampar.
menarik narik
..membelai belai.

menggoda.

Aku, hanya mampu memberi senyuman,
macam biasa lah.
Tapi,
kali ni, ikhlas.
Sebab tak tergambar.

Lalu aku perasan ada tangga.
Kecemasan.
Dan tangga tu, hanya dinding setinggi pinggang.
Tak ada penghalang.

Aku tersenyum,
LEBAR.

Okay, sila berhenti baca wahai orang yang takkan faham.
Tolonglah.
Aku taktau mana lagi nak luahkan perasaan ni.
Tolonglah.
Jangan judge aku.
Jangan judge aku, kalau kau tak memahami.
Sebab aku tak tau macam mana nak luahkan
Sebab perasaan ni,
Aku tak reti gambarkan.

Aku ternampak, ada si kelabu, bersinar.
Sedang bertenggek di tepi tingkap aku.
Bermata merah, berkaki merah,
Berbulukan teal, biru dan kelabu.
Membuatkan dia sangat ironi kepada abangnya, simbol kedamaian;
si Puteh.

si dia, bertenggek orang-sorang.
melihat aku, melihat hadapan, melihat ke bawah.
kemudian dia meloncat ke tangga,
melangkau ketinggian 16 tingkat tu.
dan terus memandang ke kiri, ke kanan
atas, bawah.

Cari apa?

Kau, ada sayap.
Kau boleh terbang. Kau
Boleh rasa angin, boleh nampak semua dari atas
Boleh terbang.

Kenapa kau bertenggek dekat situ?
Kenapa kau tak cari teman-teman kau?

Dan aku terbayang.
Terbayang, apa perasaan si dia.
Menenung si orang yang di tingkap,
berada di tepian, berada di penghujung,
di ketinggian 150+ kaki.
Merenung ke bawah, melihat semua kecil sahaja.
Membayangkan diri terbang,
Membayangkan merasa ditolak angin, di tarik graviti,
Kesejukan, kedinginan,
Kechuakan. Kekecutan perut.

Sempatkah aku merasa angin?

Pintu bilik itu dikuak,
Dan lamunan aku mati.

No comments: