01 October, 2011

come on.

Kereta blue-black Compressor tu ke kiri. Ke kiri lagi. Kemudian ke kanan. Ke kiri lagi. Sesekali si pemandu mengerling ke arah penumpang sebelah kiri. Muka penumpang gelisah. Marah?

Takpe, aku tone down sikit.

Kereta itu kemudian mengekor rapat kereta Camry putih itu. Pemandunya ke kanan sedikit, supaya pemandu Camry itu nampak ada kereta ikut rapat, sedar dan ada sense of urgency.

Tapi biasalah, orang Malaysia. Tak mengenal usia, kaum, bangsa, bahasa serta agama. Kebanyakkannya ignorant.

Si pemandu mendengus. Si penumpang makin tak senang duduk.

*****

Keluar sahaja dari Smart-Tag, si penumpang mulakan bicara.

"Aizat ni kenapa? Marah dekat mama ka?"

"Mana ada lah mama.."

"Habis dah bawak macam tu, kiri kanan cucuk cucuk kereta orang paseipa?"

"Takdak apa la mama.."

"Mama kenal anak mama, mama tau la! Mama tau anak mama memberontak dekat mama macam mana" Aku tersentak. Betul?

Betul? Yakin?
"Badan Aizat tak sedap. Asyik muntah. Lengah. Rasa macam nak pitam. Lepas tu Aizat stress mama. Tension. Kerja lagi. Apa lagi. Dengan semua pemandu macam ni dekat highway, dekat jalan biasa lagi, Smart-Tag lane rosak lagi,"

"Dah berapa hari Aizat macam ni, sebelum pi Skudai lagi."

Diam.

Sunyi.

Sepi.

Kenapa? Kenapa diam? Dah tau sangat kan? Faham kan? Apa yang boleh buat?

Macam semua orang. Perhatikan sahaja. Best tengok.

*****

Selepas kunci ditarik, seat automatic ke belakang, stering diadjust kepada default, aku melangkah terus ke arah Kancil. Senyum. Harapan aku menggunung.

Deruman dia mengingatkan aku keperitan hidup. Hidup tak pernah senang. Penuh dengan sengketa. Manusia tak pernah nak tolong orang lain. Memaafkan. Cuba memaafkan. Cuba tolong orang faham apa salah silap orang itu.

Cuba faham orang lain.

Aku tak salahkan sapa sapa. Aku tau, masalah dia aku. Memang aku all along. Sapa ja boleh faham aku? Aku tak salahkan Mama. Papa pun. Sebab aku, memang macam ni.

Aku salahkan diri aku. Jadi aku tanggung jelah akibat.

Aku tau ini semua akan terjadi. Jadi macam biasa, kunci kereta Kancil kena sentiasa stand-by. (:

No comments: