Showing posts with label maaf. Show all posts
Showing posts with label maaf. Show all posts

09 October, 2011

tunggulah sampai hujan tedoh.

Update. Tadi kerja. Overtime. Walaupun bukan dapat duit, tapi kalau kumpul 9 jam leh tebus satu hari kerja, satu hari cuti bergaji. FYI cuti bergaji aku cuma 3 hari sampai bulan 12. Sehari aku dah guna untuk raya. So yeah.

It turns out yang aku takleh claim untuk hari ni. Tak cukup 9 jam. Bos cakap kalau kerja 9 jam pun, 1 jam akan dipotong, sbb lunch. Lagi cam fak, 8 jam tu, tak leh cukup kan dengan OT biasa. Kena OT time cuti jugak. Bodoh apa nak kerja lagi sejam tu?



Tapi, hari ni langit cerah. Clear. Dari tingkat 16 tu, aku boleh nampak rumah atas bukit dekat Taman Rimba Templer Rawang. Awan pulak, aku boleh nampak seketul seketul, clear punya. Tak macam selalu. Angin.. jangan cerita lah. Dekat bawah pun tahap chill dia time 11 pagi macam dekat Bukit Tinggi. Dekat atas, peh.


So anyway.


Untuk aku update pasal aku, aku truthfully, malas. Same old story. So how faktap dah cerita aku minggu ni;

Aku dapat tiket free seating BAEK punya dekat Dewan Philharmonik untuk ntah sape punya performance. Janji datang je bak kata pemberi.

Tak dappp.

Aku dapat tiket + backstage pass untuk Rockaway, si boyfriend clash. Janji datang.

Tak dapppp.

Last skali aku masukkan lam shredder time OT tadi. True story. Puan Zainon a.k.a tuan punya shredder a.k.a bos yang tak bagi OT lebih tu dah geleng-geleng kepala.

Pelis lah understen. Aku nak pegi. Aku yang beria nak pegi, skali aku yang tak pegi? Tolonglah. Aku boleh gerenti, aku lah lelaki yang paling (kalau tak, antara) susah tak jadi pergi.

Tapi. Hujan lebat semalam takleh celen hujan aku. True story.

Sebab, jangan tanya. Aku tak nak ingat. Aku harap minggu depan walaupun dah takde tiket free, aku punya nasib berubah. Tolonglah. Aku dah tak tau berapa kali aku post macam ni, tapi tu lah. Hmh.

/patpat

03 October, 2011

dear macy

sesungguhnya, aku menyusun sepuluh jari, memohon maaf.
sesungguhnya aku manusia hina yang hanya membuat salah sentiasa.
sesungguhnya, kau telah salah faham.

bukan niat aku menghakimi kau.
tapi kalau kau rasa begitu,
maka aku lah yang salah.
jadi terima kasih kerana menegur aku.
sangat, sangat, sangat, sangat terima kasih.
sangat, sangat, sangat, mintak maaf.

maaf lagi sekali jika entri ini sangat lambat
sebab aku menanti penjelasan kau, kenapa kau rasa aku buat macam tu.
bila kau mendiamkan diri,
fahamlah
aku tersalah pilih kata.

seperti yang aku telah cakapkan dalam komen aku tu,
aku sendiri tak tau samada itu jalan yang betul,
sbb itu cara aku.
kalau salah, maaflah, bukan niat aku menghakimi kau.

jadi aku mintak maaf lagi, sangat-sangat.
sementara sempat.

anyway. bagi mereka yang baca post ni, ketahuilah bahawa dengan menegur aku, kalau betul aku salah, aku akan mintak maaf. aku takkan makan korang. jadi tegurlah aku. jangan bawa dalam hati. nanti bawa ke belakang aku dan mula menyebarkan, kan ke dah panjang cerita. biarlah aku perjelaskan, kalau tak memadai, aku mintak maaf.

sekian.