28 February, 2011

painkiller.

GEDEGANGG!

Aku menghempas pintu tu sekuat mungkin. Bodoh betul. Nak cakap bodoh tu, tak lah, tapi agaknya bodoh sangat kot. Di kuaknya pintu tu, dilihat aku dengan kemeja pinstripe aku bertie hitam, dalam bilik air?
"Kau dah apesal hentak pintu aku kuat-kuat?"
"Kau banggang hape?" Dia tanya aku elok-elok aku balas dengan nada tinggi. Memang panas hati aku.
"Apesal pulak kau cakap aku banggang?"
"Sejak sem lepas lagi, aku masuk bilik air ni, aku tutup pintu kau, kau tak paham bahasa lagi ke?"
"Eh sukahati aku la nak tutup ke tak pintu aku. Tak kacau kau pun kan?"
"Tak kacau? Kau cakap tak kacau?"
"..."
"Cuba kau bagitau apa pasal kau bukak pintu bilik kau? Cakap lah!"
"..."
"Meh aku bagitau kau, pasal bilik kau tu busuk! Pegi mampos bilik kau memang busuk nak mampos! Setiap kali aku bukak pintu bilik air aku, aku bau bilik kau, kau tau? Menyampah! Kalau wangi takpe, ni busuk macam haram! Aku nak berak pun tak senang. Apehal kau? Aku lagi rela bau taik aku dari bau bilik kau, sumpah busuk gila! Kau bukak pintu bilik air kau tau lak bilik kau busuk, jaga lah kebersihan bilik kau! Ini kan tidak, sampai ke bilik air kotor, asal, kau ingat bilik air kau sorang je? Kalau kau bersihkan jugak takpe lah! Aku yang kena bersihkan kau tau, kalau kau cakap thanks ke hape takpe jugak, ini kau buat ape? Buat kotor balik ade lah! Tak sampai seminggu dah kotor balik, gile penggotor sial kau ni! ape, rumah kau kau buat apa? sarang tikus?"
"..."
"Dah la rumet aku macam babi, kau pun nak perangai macam babi, pengotor! Harap pergi surau, solat, macam macam ah, tapi kalau kebersihan tak jaga ape kes? Memang perangai macam babi"

Lalu aku hempas lagi pintu bilik air tu. Sekuat hati aku. Macam sampah. Geram aku tak hilang lagi. Dinding jadi mangsa penumbuk aku. Aku tumbuk sekuat mungkin, gedebuk. Bila jadi macam ni, adrenalin aku merasuki aku. Aku tak rasa apa-apa. Tapi 3 minit kemudian, to my surprise, my fist hurts. Betul, aku dah jadi makin lembik. Aku tak terkejut, tapi aku tak tau pulak, sampai macam ni punya lembik.

Dari buku lima aku hingga ke pergelangan tangan, kemudian ke forearm, ke siku dan bahu, sakit tu sikit-sikit merebak, seiring kehilangan adrenalin aku.

Aku menghempaskan badan aku di katil. Memikirkan betapa masa berubah. Betapa aku makin lemah. Betapa aku sangat lemah. Betapa lama lagi, aku kena berlakon kuat. Sampai bila? Mana lagi aku nak kutip kekuatan aku? Family? Kawan? Siapa? Duit? Apa? Mana?

Siapa cakap aku tak pernah buat silap? Siapa cakap aku ni kuat? Siapa cakap aku ni takde hati perasaan? Siapa cakap aku ni ada confident yang tinggi? Siapa cakap yang aku ni tak perlukan sapa sapa dalam hidup aku?

Siapa cakap aku ada sumber kekuatan dalam hidup aku? Siapa?

Aku amat prone untuk membuat kesalahan, aku tak pernah nya perfect. Tapi aku berharap sangat-sangat, sebelum aku makin kritikal membuat salah, aku sedar apa salah aku. Aku cuma manusia biasa, aku perlukan orang lain jugak untuk hidup, ye ini shout out aku. Aku sedar sapa aku sekarang.

Aku tak kuat, malah amat lembik, seiring dengan keadaan masa yang memamah zaman.

Aku sering membuat kesilapan, aku alpa.

Aku buntu.

Siapa sekarang Saiful Aizat? Apa dah jadi dengan aku?

1 comment:

KNue KnUe said...

you are who you are..