10 February, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Amaran; Wanita mengandung tak boleh tengok wayang ni, sebab wayang ni sumpah cuak gile Segala yang berkaitan dengan post aku ni, fiksyen berdasarkan cerita nyata, segala kena mengena samada yang masih hidup ataupun yang telah tiada adalah secara kebetulan, dan siapa makan cili terasa pedasnya.

Setelah selesai menonton The Damned United, cerita yang berkaitan dengan salah satu rival yang paling aku benci dalam sejarah bolasepak Manchester United, iaitu Leeds, (ya, Leeds memang Damned.) aku gosok-gosok mata. Matahari mula memberi salam, burung-burung memulakan pekerjaan mereka, aku juga perlu begitu. Selesai menggosok gigi, aku mula merasakan bahawa aku ada suatu masalah. Tapi aku tidak endahkan, kerana aku tidak tahu akan nature sebenar masalah tersebut. Dan, malanglah aku kerana aku naif.

Selesai mengenakan jeans hitam lusuh, aku menghirup Orange Minute Maid kegemaran, dan melemparkan pandangan ke luar. Ah, ceria sungguh pagi ni. Menjanjikan seribu satu harapan. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Semalam.. interesting. Hari ini, tolonglah, aku perlukan suatu konsistensi. Pagi yang indah selalunya menandakan hari yang cemerlang gemilang bukan temberang.

Jangkaan aku bakal meleset, tapi terdapat kebenaran sedikit di situ. Kalau pagi ini merupakan pagi yang baik, sudah tentu penamat hari ini sangat baik. Awalnya pagi itu memang baik. Tapi, semua berubah tatkala aku membuka almari ajaib aku. Ajaib, kerana, makin berkurangan isinya tiap hari, mulai Isnin. Pagi ini, aku melihat almari yang kosong. Kosong dengan baju berkolar. Ah, sweater ada. Ada apa hal? Lalu aku menoleh ke arah kerusi. Baru aku sedar yang, sweater aku telah dengan murah hati aku pinjamkan kepada teman.

Mampos.

Jam 3 ringgit ikea ku menunjukkan jam 8.45. Amaran awal dari si Ustaz yang mengajar subjek Tassawur melemahkan lutut aku bukan atas sebab yang peribadi, tetapi sebab natural. Gelabah sudah, aku mencapai baju t-shirt putih aku, lalu aku teringat solusi yang tidak menggunakan duit minyak aku untuk membayar kesilapan bodoh aku, saman. Solusi yang jangka pendek. Pendek macam akal aku ketika itu. Ah, sapa suruh lu tinggal mat. Aku sebat saja tinggalan abang aku itu.

Itulah titik perubahan hari aku.

Sampai sahaja di tingkat bawah, aku mendapat message. Terperasan sudah lewat yg amat, dan baru terperasan bahawa aku tertinggal kunci kereta. Bergegas ke arah bas UTM, lalu mengetuk pintu bas tersebut, mengucapkan ayat harus untuk membolehkan aku masuk bas.

"Bang, tolonglah, saya dah lambat ni, saya sanggup bayar triple bang!"

Gurau. Aku tak lah cakap camtu, tapi aku sanggup cakap camtu. Semangat nak pegi lecture punya pasal.

Dalam bas aku mula perasan mata-mata mula mengerling ke arah aku. Eh, apa hal? Aku.. tak zip seluar ke? Check jap. Okay je. Lalu aku mengalihkan pandangan ke luar, menghiraukan mereka yang ku tak ambil peduli.

"Saiful you looked different today", tegur Aqeela, sebaik tepat lagu Fever habis berkumandang.
"I know."
"Why you pulled up your zip all the way?" tegur Aqeela lagi, zip jacket aku, bukan zip seluar aku.
"Because I felt weird."

---

"Fuyo sepul, gile rempit sial kau dressing"
STABBED. Baru aku sedar. Baru aku perasan. Aku pakai cam Farid Kamil seyh! Gile ah. Eh jap apa aku buat ni. Maksud aku, aku berasa terkilan kerana lambat perasan dressing aku ala rempit. Ah, sorang dua je perasan. Takpe.

---

"Sepul, apasal kau minum oren?"
"Huh?" Buang tebiat ape Fazlan ni. Tibe-tibe je. Minum oren pun pelik ke?
"Bukan, maksud aku, rempit bukan paw member lain je ke?"
FFFFFFFFFFFFUUUUUUUUUUUUUUUU---- ini dah kasar. Ah, tak boleh jadi. Aku kena buat sesuatu. Ku toleh kiri, kanan. Peh, semua stok minum air langit je, aku nak paw ape? Air aku lagi hot dari diorang! Lalu aku cuba satu lagi pendekatan, "Follow the flow"

"Der, wa nak paw lu punya air boleh der?" Selamba aku mintak air burn. Pergh, ala rempit sejati siak.

Malangnya, usaha aku disambut dengan deraian hilai tawa member aku yang bernama Aldo Conrad ni. Serta di sorak sorai oleh Nazrul dan Fazlan. Wah sudah. Memang hari aku kena apa?

"Kau tak payah la, rempit kau fel gila. bunyi comel gila, kahkahkahkah" Bunyi gelak sitkom tu menghantui aku. Impian aku nak jadi sekayu Farid Kamil mula tinggal angan-angan mat jenin. Maka kami semua ke PSZ selesai melihat rakan ku Hazwan berlari mengejar bas keliling UTM menjamu selera di Selera Kampus.

---

Dengan penuh azam iltizam aku menghentak-hentak keyboard ala Hang Keyboard pahlawan keyboard zaman meleis kuala lumpur instead of zaman melayu melaka. Aku mula bermain dengan api; status updated.

"ye ah wa rempit ah arini. lu orang buat bising ada apa hal?" dengan harapan, semua akan terpegun, dan mula menghormati dressing Farid Kamil aku. Tapi, tak sampai 2 minit pun, orang pertama dah like status aku.

Fakta Nombor.
2 - Minit yang diperlukan untuk seseorang mula like comment aku.

15 - Minit yang boleh tahan hell mula menjenguh status aku, apabila

4 - orang pertama cuba menganjing aku.

20 - Minit pertama sebanyak 38 comment mendoggie aku
.
10 - Baki comment adalah usaha aku untuk mendoggie orang lain.

sebanyak 2 comment cubaan untuk mendoggie diteruskan kemudian.

dan 1 helai jaket hitam telah disumbat dalam almari ajaib berkuatkuasa serta merta setelah aku menjejakkan kaki ke dalam bilik aku.

and the rest is like they all said. IS HISTORY.

12 comments:

- - said...

woahahaha. an inspiring post! <3

Nazrul Montolivo said...

aku rindukan jaket rempit kau tu. sok pkai lg beb. hahahahahaha

faiz bakar said...

derrr..rempit mane bole givapp!! kah3

saiful aizat said...

derr, wa rempit, wa okay. ada apa hal?

N. said...

Aku nak tegur haritu tapi tak sampai hati u///u

mE said...

lol ko pon aki? u.u

saiful aizat said...

sampai hati korang T_____T

- - said...

ngahahaha aki

N. said...

Eh tapi aku rasa aku ada tanya kau kot napa kau pakai, tak panas ke u.u Tanak direct u.u Tapi kau buat bodoh je so aku ingat kau suka penampilan kau tu u.u

saiful aizat said...

die nipis kot u.u;;; direct jela orz

maizuddin said...

love the post :D
gila inspire kawan!

saiful aizat said...

aduh *facepalm* inspiring bende lak ni T_T