11 February, 2011

Drops of Jupiter

Setelah aku kecewa dengan hari semalam, lain pula ceritanya hari ini. Pagi tidak bermula dengan baik, aku agak kecewa dengan prestasi presentation kumpulan aku. Bagi aku, aku boleh buat lagi baik dari sedia ada, sebagai flash maker.

Petangnya pula, aku menerima satu kotak, yang memberi aku beribu-ribu lemon soalan. Berat, apa isinya? Kenapa sekarang? Dan macam-macam lagi.

Dan bila aku bukak kotak tu, aku, tiada reaksi. 5 minit mengusha je isi kotak tu. Baru ada rasa something. Rasa, sayu. sebak. Terharu.



Origami Crane yang dilipat satu per satu. Disertakan dengan frame gambar, dan surat. Cheesy, aku benci benda macam ni. Tapi bila aku dapat benda macam ni, aku rasa macam nak pecah.

First impression aku dengan hadiah aku ni, aku bukak-bukak rasa macam, semua crane ni nak terbang. Bodoh, kan? Sebab dia, melimpah. Banyak sangat I guess. Tapi entah, tak kira pulak. Eventhough I'm the kind of guy yang sangat kesah pasal nombor.

Setiap Crane tu bernota. Tak ada keje ke lipat kertas2 nota tu? Sanggup mengadaikan masa, lipat lipat beratus ratus kertas tu, menulis setiap kertas kecik tu dengan penuh tekun. gile. kalau aku tak hargai, macam mana?

Tapi, sebangang bangang aku pun, aku belajar dari kesilapan aku sendiri. Aku, bukak satu je crane tu, tu pun sebab dia dah terbongkang dalam kotak tu. Bacabaca, terus lemah semangat. Tak sanggup nak terus membuka yang lain.

Kalau bukak yang lain, apa lagi tinggal?

Nak lipat balik, haram aku tau pulak pasal origami ni.


Terima Kasih daun keladi. Aku, aku terkesima. Aku tak terkata. Aku, speechless, frankly, aku rasa macam orang sewel jap. Aku, berterima kasih. Aku takkan lupa. Hadiah paling, something buat aku.

Untuk orang macam aku, ini pun dah cukup untuk menyahgaramkan luka dekat hati aku. At least, I felt, better. Much, much, better.

This is something yang buat kita rasa worth it untuk stay here, and be strong.

Aku, masih tak terkata.

3 comments:

N. said...

Waw. Sangat kagum.

saiful aizat said...

yes, kagum. lupa ada perkataan tu = = honestly, aku rasa sangat, sangat kagum.

- - said...

whoaaaaa. im touchedT.T wuuuuu