03 August, 2010

tentang kita, tentang graphicHolic.

entah macam mana aku nak mula. tak pernah aku fikir pula akan penamat nya. aku sekadar suka-suki, follow up dari semangat membuat forum. jadi ini lah kali pertama aku ingin membangunkan satu social networking yang free.

bermulanya, pada semester kedua tahun pertama kami belajar di UTMKL pada waktu itu, semasa kelas Logik Digital, idea telah dicadangkan oleh Puan Mercy, dan betapa aku kurang meminati beliau pun aku still menghargai sumbangan tidak langsung beliau dalam mencadangkan satu portal, di mana kami boleh membincangkan mengenai apa yang telah beliau ajar. more or less. maka aku dengan sedikit pengetahuan, telah mewujudkan empayar.

pada mulanya, tak ada sambutan. semua orang tengah tak semangat. aku engat lagi time April. waktu tu orang baru nak hangat-hangat tahi ayam. Aku pun gembiranya mewelcome kan mereka. Tapi, waktu tengah hot, ialah waktu-waktu nak tamat semester kedua. Zaman Nazrul patah kaki. Zaman video Nazrul patah kaki, zaman bubur lambuk, zaman dekat AB100, zaman pergi ice skate, dan zaman outing tengah malam, tengok Terminator Salvation.

Walaupun banyak sesi tikam lidah, cakar-cakar ayam, baling tahi sembunyi tangan, dan sebagainya, selalunya sesi-sesi tersebut disebalikkan dengan gambar-gambar kita semua, video, perangai pelik kita sendiri. gelak kan kepelikkan kita.

kemudian, sebahagian besar dari kita pergi. janji-janji yang tak dapat dikotakan, "aku takkan pergi Skudai", janji junior baru dari matriks tinggal angan angan kosong, serta kekosongan, kemuraman mula membuka tirai semester satu tahun kedua. Intan sebelum tu telah post, satu post, yang kemudian jadi tempat kita menzahirkan pandangan kita sesama ahli empayar kita. Berjela-jela post tu.

Dengan graphicHolic, kita keep in touch, harap seperti dahulu. kemudian, sinar-sinar baru mula menunjukkan, tatkala junior-junior mula mengganggotai empayar kecil kita. bermula satu lagi episod baru graphicHolic.

Kemudian, berlaku satu gelombang. Kedewasaan? Entah. Kematangan, mungkin. Semua seperti berubah. Aku, duduk depan skrin, dan terkedu, terkilan. Aku naif. Semua akan berubah. Tak ada yang terkecuali. Aku juga. Mungkin, itulah punca aku mula lalai akan tanggungjawab, lagi lagi sebagai admin #1, mungkin, kerana kecewa. Aku tak salahkan sapa sapa, jujur. Aku pun ada part untuk dipersalahkan. Aku mintak maaf, andai selama aku menguruskan empayar kecil kita tu, aku seringkali tak ada untuk mengupdate, mengemaskini, mewarnakan kembali, mencari skin baru, dan menambah shoutbox etc, tapi aku telah cuba sedaya upaya aku.

Dan setiap yang bermula pasti akan tamat. Aku patut tau benda ini dari awal lagi. Tapi aku sentiasa menidakkan. Naif. Dengan pengkhabaran bahawa host untuk graphicHolic akan berbayar mulai Ogos, aku mula mencari tentang kebenaran berita tersebut. Benar. Rasa kesal mula menyelubungi diri. Ah, padan muka aku.

Dengan itu, tamatlah sudah riwayat graphic Holic. Aku tak bercadang nak mencari webhosting untuk socialnetwork yang free lagi, sudah lah. Tak rasa akan menjadi pun. Melainkan ramai-ramai memaksa aku, baru aku akan semangat. Entahlah, tapi aku rasa tak akan pun aku cari baru.

sorang tolong simpan gamba gamba dalam empayar tu, now? hilang payah pulak nnt. dah la gamba-gamba tu gabungan dari pelbagai jenis orang. hilang nanti, tak jumpa dah.

graphicHolic
April 2009 - August 2010

2 comments:

Tya Matdiah said...

RIP.
:(
I will miss Empayar, walaupun I generasi baru. lagi2 I da tak layan facebook ni. *sigh*

Nazrul Montolivo said...

woo woo epul emo sihh.. ohh zaman aku patah kaki merupakan zaman korang sume ske ria.. ini x adil.. zzZzz..