19 August, 2010

rawak gempak

Ahhh. Aku sudah kering. Ide aku sudah tak boleh pakai. Makin karut, makin susah nak buat. Masalah kalau nak submit dalam masa 4 hari je, memang tak sempat kalau kau ada otak yang nak yang superb je. Mencapai 5530XM lalu menekan-nekan touch screen. Tolong lah reply secepat mungkin. Send to all. Cukup tak kredit ni? Cukup agaknya.

"O: karma, what goes around comes around u.u" -- uhh, aku nak storyline dude.

"range umr?" -- tak kesah lahhh. nak idea jeer.

"Sorg bdk ni ske sgt pnteng class, ttbe otw dy nmpk oku pegi kelas pkai wheelchair. pas2 dy besyukur, dn brubah" -- uh okay. kiv dulu. 4 hari mcm skjap sangat.

"Hah? emm.. what about 'dun look backward'? sm1 tengah berjalan atas padang rumput cari rumput paling lawa, die jumpe, first, tp still cari yg lagi lawa, until the very end of the padang rumput dia tak jumpa gak. aizat pernah dgr kowt cite nie." -- okaaay. how i'm going to do this. in a few days? thanks tho, nice idea >_<

"Mcm ukur bju di bdn sndri.. Ko nak sme bende mahal tp kau tak mampu bayar, jadi kau berhutang, akhirnya ko jd loser sbb x mampu nk bya balik n ko bankrupt. hahahaha" -- adeh, tau lah aku tga bankrupt. hahaha.

"u_u A tgh ponder rs cm situasi ni is the pits and shes the unluckiest person on earth, then die get to noe B is faaar worse, or cm, bc news that other ppl are worse off u.u then rs she shud appreciate with what she hv" -- hoo. aku nak buat bende 1 minit je kot u_u

"u_u adek ak ckp A kutuk B kt fb and kt C sal B kopi pasta je asai part die utk asai grupwork. Then A pass keje die kt C, turns out die pn same je. Nk kutuk org, tgk diri dulu. C said. C is my sis. u_u aku xde idea orz " -- u_u;;

Then,

"Kalau call boleh tak? Ssah laaa nk type dlm msg."

//Semua idea kau orang menarik, tetapi idea yg last ni, simple, and I think, suites the situation best. So thanks atas idea-idea kau orang, boleh simpan buat ref later. Hahaha. //

Ah, sambil instal CS5 sambil cari idea. Bagus tu. Selesai install, bukak AI. Tukar, bukak Fl pulak. Aih, leceh. Dah pukul 1. Sambung buat. Sketch sketch, nudge nudge, gerak gerak, dah pukul 3. Buat lagi kerja, dah pukul 5. Sahur jap, sambung balik. Makan nasi puteh, kicap, telor mata kebau. Tibaii. Sambung buat Fl. Tau tau dah padam atas meja. Bangun-bangun pukul 10.30 pagi. Ahh, burn sudah kelas PC Maintenance. Sambung buat. Pukul 1 ptg baru pergi ke kampus. Ade kelas pukul 2. NOT. Kelas batal. grrr. Menenangkan jiwa sampai pukul 5, dan kelas nihongo sampai 7. Pulang ke kolej, berbuka di surau.

Nasi dalam dulang! Ah, tak bazir. Jimat. Kenyang, gila! Naik atas bilik. Mau edit edit sikit. Bukak lid laptop, lalu mendapati.. skrin blank. Menekan keyboard, pun tak ada respon. Sudah. Berderau darah. Jantung mengepam darah makin laju. Mengecut pembuluh darah ni. Mengelegak kesabaran di malam yang sejuk ni. ARGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHH. Rumet terpegun tengok aku. Tension aku!

Terus aku letak kepala atas bantal-bantal hijau aku. Padam. Teraweh entah ke mana. Biarlah. Pukul 11 terjaga. Mencari semangat. Teruskan aktiviti aku, ikutkan hati mau je aku hempas laptop ni. Tapi sayang, ni kali pertama buat hal. Haih. Terus buat flash, sampai 5 pagi. Sahur, and the daily routine continued.

Kelas pukul 10. Pkul 9.40 aku sudah bersiap, menghidupkan enjin kereta. Pak guard pulak tahan.

"Kamu parking kereta kat tepi dulu"
"Tapi, kelas saya pukul 10"
"..."

"Kenapa tak update sticker kereta?"
"emmmmm" Mencari alasan.
"Ah, papa takda kat rumah, outstation. Insuran kereta dekat papa. Taktau bila balik."
"ohhh." Pakgad #1 diam. Sambil mengisi borang saman warna merah jambu.
"Kamu orang mana? Negeri sembilan?" Tanya pakgad #2.
"Takkk."
"Habis plat no tu?"
"Entah, kereta ni ada since saya umur 5 lagi kot pakcik."
"Eh, lawa no."
"Er, thanks"
"Kamu tau tak, no 1 sampai 18 semua mahal2?"
"Yeke?" Dalam hati aku dah mengutuk, takkan la aku tak tau. Grrr.
"Kenapa taruk dekat kancil? Taruk la dekat BMW ke.."
".... >_>" hina sangat ke kancil aku ni
"Kamu pakai enjin standard ke?"
"Tak, dah convert L200"
"Bukak jap" Eh eh, aku kelas pukul 10 la shial.
*ktapp, bukak.*
"Eh enjin kau ni kene tembak ape?"
"Ha?"
"Ni ha, cover untuk minyak hitam ni, tuka la, dah longgar"
"Tu la, sy mmg nak tuka pun."
"Ha, asal tak convert L5? Anak pakcik pakai L5"
"Kalau saya pun saya nak L5 pakcik, ni dah org lain buat"
"Nah kad matriks kau" Hulur pakgad #1.

Ahh, cepatt. Lambat pulak nt. Macam macam.

--Oh, post ni dalam bahasa, jadi tajuk pun kena bahasa lah. *Ego de ite kudasai?* Hah, sendiri convert english lah. Hish.

1 comment:

Nazrul Montolivo said...

pak guard tu cuba ngnjing keta kaw doe.. kasi pkul bru dia ada akal.. haha