21 March, 2010

crap: Ghost Story

Nak dengar cerita hantu?

******

Hujan turun makin lebat. Selebat-lebat hujan. Kelibat gelap di daun pintu yang dibelakangi lampu masih di situ, mengharapkan hujan reda. Kenapa tiba-tiba sahaja hujan turun? Masakan, tiada angin tiada guruh, tanpa di duga, air yang mencurah-curah, kilat sabung-menyabung pula!

"Ish, kenapa hujan malam, tadi siang, waktu panas gile taknak hujan pulak," getus hati Irfan. Menyesal, ingatkan malam dapat membantu keadaannya yang sudah teruk itu.

"Dengan air-cond yang dh out, mmg terbaik ahh."

"Mummy, daddy, Irfan pergi dulu yah?"
"Tunggu lah hujan reda dulu.." Tegur si ayah
"Entah nya, tak sabar-sabar balik, ada apa lah dekat kolej tu?" Sambut si ibu

"Irfan ingat nak tengok bola je, tengok-tengok Liverpool kalah pulak. Nasib tengok dekat rumah, kalau tak nanti sure kena bahan kat kolej, mummy.. Lagipun kolej Irfan tutup pukul 12.. Mummy and Daddy faham la, kay?" Terang Irfan, panjang lebar. Memanglah, siapa yang tidak suka duduk di rumah? Lengkap, pelbagai. Makanan, minuman disediakan. Baju, pinggan, di basuhkan. Katil dikemaskan.

"Yelah, berdegil jugak budak ni. Hati-hati lah, jangan bawak laju-laju.." Si ibu mengalah. Tak guna berdebat dengan anaknya itu, fikirnya lagi.

******

Banyak orang tertanya-tanya, kenapa Mini Cooper? Sudah maklum, bahawa kereta itu antara kereta yang susah hendak di jaga, lagi-lagi oleh seorang mahasiswa. Tetapi sudah minat, hendak boleh buat apa. Biarlah apa orang kata. Yang penting, kepuasan ketika membawa kereta itu. Walaupun banyak meragam, tetapi dah sayang.

Kereta Mini Cooper berwarnakan "British-Blue" itu meluru laju, meredah lopak air. Sudah melepasi tol, kini berada di atas highway. Hujan, nampak makin lebat ada-lah. Nampak gayanya kena tutup jugak lah tingkap ni, kalau tak nanti masalah apa pula yang timbul.

Air-cond yang sudah rosak itu dihidupkan.

Highway Guthrie Rawang-Shah Alam itu berkabus, akibat hujan yang tak reda-reda. Irfan tahu bahaya lebuhraya ini. Dia pernah dengar cerita Uncle Zaki yang begitu hebat memandu kereta pernah terpusing di lebuhraya ini, masakan dia! Tetapi semakin lebat hujan, semakin berkabut lebuhraya itu..

Air-cond tersebut hanya mengeluarkan angin sahaja. Apa lagi yang mampu diharapkan oleh air-cond yang sudah rosak?

"Eh, apasal pulak cermin ni berkabus?" Irfan perasan sesuatu. Nasib lah, cermin hadapan keretanya itu mula diselubungi dengan kabus, walaupun cuma di bahagian tepi, namun dia bimbang, bagaimana kalau merebak sampai menghalang pemandangan pemandu? Tetapi digagahkan juga, pedal minyak ditekan semakin kuat.

Entah dari mana, bekas tapak tangan mula nampak di cermin hadapan kereta itu.

"Alamak, bala apa pula ni.."

Sudah 15 minit tapak tangan itu berada disitu. Kadang-kadang kosenterasi Irfan terganggu dek tapak tangan itu. Dari mana datang? Kenapa tiba-tiba ada? Kenapa sekarang? Dan pelbagai persoalan bermain di kepalanya.

Di tolehnya kepala ke sebelah kiri, Masya-Allah!

Cermin tingkap kiri dipenuhi dengan tapak tangan! Ah sudah, jangan harap aku nak tengok belakang. Irfan mula memikirkan ayat-ayat lazim sebagai pendinding. Kenapa takde kereta ni? Aku seorang je ke yang tengok bola dekat rumah, baru ke kolej? Kalau ya pun, mana orang lain? Dan, dan,

Dan dia mula tertanya-tanya kenapa lama sangat nak sampai ke plaza tol?

Dia terlihat bayang putih dihadapan keretanya, dalam kira-kira 100meter. Masya-

******

"Adik, adik okay?"
"Huh?"
"Kepala adik boleh pusing kiri kanan?"
"Em.." Irfan menyahut sambil menoleh ke kiri dan ke kanan.
"Tangan adik boleh angkat? Kaki boleh gerak?"
"Ya.."
"Akak, kenapa? Mana kereta saya?"
"Kereta adik? Kereta yang terhumban masuk gaung tu? Betul ke?"
"Ha?"
"Tapi adik terbaring dekat luar?"
"Yeke? Saya ingat saya pakai tali pinggang keledar,"
"Kereta adik memang tak nampak rupa kereta la adik.. Remuk, kiri, kanan, depan, belakang,"Sambung lelaki yang disebelah kakak itu.

"Tapi tulah, tali pinggang tu still intact."

Irfan tergamam. Apa yang sebenarnya yang terjadi?

*******

What the hell am I doing now? OTL

4 comments:

Amal said...

merepek? XD

faiz abu bakar said...

wooo
hebat betul ko berstori.
apsal lebuh raye guthrie rawang shah alam
tau le tmpt ko

Tya Matdiah said...

hahahah, ini cerita best.
nak tau ape lagi best?
kalau betul2 jadi. pergh.
da selamat terus tobat tak buat maksiat. gerenti punya lah ;p

Unknown said...

You are a very talent,it is a excellent article.Vendant les chaussures sport, notre objectif est d’établir un réseau complet fournissant des sports chaussures pas chères. Nous avons établi une bonne relation coopérative à long terme avec des sources de fabricants et avec des agents des sports chaussures, de plus, toutes les marchandises ont la garantie de qualité et de crédibilité, donc vous êtes rassuré de les acheter et les utiliser, nous n’épargnerons aucun effort pour vous donner notre services parfaits.