11 August, 2010

macam plastik, makin transparent sudah.

Selesai Witir. Duduk dalam kereta. Betapa aku rindu kau kancil. Maaf, aku.. tak punya duit untuk membaiki kau. Kalaulah aku kaya. Telefon berdering. Lagu Fallback oleh Oh Chentaku bermain. Sapa ni? Oh kau. Dengan telefon lagging kau, dari hujung sana. Sorry kacau? Thanks kacau. Dan berlarutan sampai kau sendiri bosan dengan lagging telefon kau. Minta izin.

Selang seketika, telefon berdering. Tak sempat angkat. Siapa? Akhirnya. Mendail. Tetapi, kecewa. Entah. Bukan apa yang aku harapkan Ahh. Rindu rumah pula. Mesej Papa. Ucap Salam Ramadhan kepada semua, Mama esp. "good boy", aku hampir menangis.

Aku rindu witir dengan Papa. Aku rindu selawat dengan Papa. Aku rindu Teraweh dengan Papa. Aku sampai teringat-ingat Imam punya bacaan selawat selepas selesai setiap 2 rakaat tu. Sejak bila entah, sejak aku boleh ingat.

"Senang, balik la rumah."

Cakap memang senang. Entah kenapa tah tiba tiba teringat rumah. Sebab aku, sedih, agaknya. Tolonglah, aku nak mengadu. Sebab aku dah tak larat.

*****

"nawaitu souma godhin 'an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta'aalaa"
"Uhh..." Lama ku tunggu, tiada respon.
"Okay, nescafe."

Aku bancuh nescafe. Baunya saja, cukup membuatkan kepala aku sakit. Padan muka, siapa suruh kau kena paksa baru boleh tidur? Padan. As instant as this Nescafe 3 in 1, my head started to feel heavy. Berat sangat. Berdenyut. Ye, selamat malam.

*****

"Urgh." Gelap. Kelam. Sunyi. Tak kan lah..
2.30 pagi. That's it. Aku dah tak ada pilihan lagi.
Please take care of me.

*****

7.45 pagi, somehow aku berjaya membuka mata. Basuh muka, gosok gigi.

--
"Eh!"
"Ha? Asal?"
"Ape Aizat buat?"
"Nak mandi lahh"
"Tuu kat tangan tuu." Sambil memuncungkan mulut
"Oh, gosok gigi lah"
"Mana boleh!"
"Suka hati lah!"
"Makruh lahh"
"Oh ye ke. Tapi tapi, dah bangun lambat, nak buat macam mana."
"Besok, Aizat confirm bangun awal"
"Eh, pasti?" Hanya senyuman aku nampak. Ah kau. Oh tidak. Jangan paksa aku bangun macam tu, aku tak mau tinggalkan katil aku!
--

Ah, hanya muka aku di cermin ini. Sebab pening gamaknya. Ah, aku dah lupa, setiap saat yang normal, yang berlalu, rasa istimewa sekarang. Bodoh aku. Hargai lah, lain kali.

Berbekalkan nescafe sebagai sahur, aku melangkah ke kelas. Pening. Padan muka aku.

Selamat Ramadhan Al-Mubaraq. :)

4 comments:

bluecakes said...

Selamat :)

ilif said...

selamat berpuasa :)

betul2, cakap memang senang. siapa taknak balik rumah. assignment berbukit, rumah jauh. aih.

Adibah yahaya said...

Eid Mubarak sepul.
aku juga rindu rumah. weeknd ni pulang kl.InsyaAllah. :)

ikinroslan said...

salam ramadhan juge *_*