12 March, 2009

crack the shutters.

mood : studystudystudystudystudystudy
music : Anugerah Terindah Yang Pernah Ku Miliki - Sheila On 7

terus terang lar cakap kan, aku mmg tak dengar lagu2 indon/mainstream.
tapi bile aku tekan all song kat Media Player, aku ter-random lagu ni.
SHEILA ON 7??? sesat.
bila dengar2 balik, baru teregt camne leh sesat masuk lam Archive aku yang lagu2 around 200++ tuh.

Lagu ni selalu berkumandang tatkala aku tga berjalan mengikut barisan ke arah kelas CB6. Yaa. PLKN. Masuk2 terus dga lagu ni, nampak ade satu basket penuh dgn bola yang ade biji biji kat dalam die. Dan Cikgu Asnida (if im not mistaken) + Cikgu Ayu tga tunggu, then automaticly aku pergi ambil nametag aku kat nametag kumpulan aku. (SIX), (STARZ). Then ktorang akan practice juggle. Hoo. Juggle itu susah beb. Nampak camdoh, ble buat, rase mcam orang bodoh juggle. Memang jahil gile menjuggle. Sambil tunggu rakan2 sekelas lain masuk.

Then tukar lagu lain. Lagu Hijau - Zainal Abidin. Sambil2 tu kalau dah fed-up asek bola tu terpelanting kene group lain ke, lenguh pinggang kutep ke (ye, juggle berdiri fyi) Cikgu Nida akan ajak menari. Maka menari lah kami. Macam budak-budak. Macam budak-budak? haah. aku agree. mmg segan gle. tapi after 10 days, aku dah biase jadi budak-budak kat tadika. Berjoget, gelak2, guleng2, mmg best larh. Habis lagu Hijau, ade lagu orchestra nih, tapi bunyi die amat saspen, slame 10 saat jer. Tanda pintu nak tutup dah. Sape lambat, FULL LORENG. wahaha. eh ape yang chuak nye kalau kene FULL LORENG? Padahal tu la perkataan a.k.a command yang paling ktorang se daye upaye elak.

FULL LORENG -
berpakaian Uniform Kawad Lengkap, berjemur di padang kawad bermula pukul 12 tgahari. Duration? Bergantung kepada apa jenis kesalahan yang anda lakukan. Kalau kene seminggu, jawabnye dengan baju tu lar anda akan berlari 3 km pada awal pagi, baju tu lar anda akan bermain di petang hari, baju tu juga anda akan pakai untuk solat 5 waktu sehari semalam. Gempak. AWESOME.

Aku, bukan nak bangge. cewah. Tapi aku tak pernah kene hahahahaha. Even Ketua Keseluruhan a.k.a yang akan bagi command kat semua squad (Alpha, Bravo, Charlie, Delta) pun pernah merasa. Aku CLEAN SHEET. walau pernah bertumbuk dan bergado antara dorm. Aku berjaya melarikan diri di saat warden2 OTW nak spoilkan pertarungan tu, dan semestinya membuat dormmate aku jealous gile. Nasib tak mengkantoikan aku. Sebab kalau tak, derang lak kantoi merokok oleh aku. haha

Well kelas CB tu mmg cam budak-budak. Tulis impian, gune magic pen, ade buku disediakan, ade aktiviti berkumpulan, menyanyi, berjoget, etc etc. Tapi lambat laun aku rase best. Sbb all the time starting 9 am till 2 pm ktorang bergelak je. bergurau sakan. menganjing. etc etc. Padahal dalam hati masing2 rase nak sangat balik. Lagi2 aku kat TERENGGANU beb. Aku rindu mp3 aku. tiap2 malam mp3 yang ada cuma berbunyi di sebelah katil anda sahaja. Kadang best, kadang garau, kadang sumbang, pitching lari. Biase lar, cover song ape. Janji ade entertainment.

Petang Jumaat tu, confirm ramai gle beratur kat plug2 yang ade kat dorm. Pukul 3 je, semue gi Dewan Makan, menuntut HANDPHONE. Waktu paling happening. Semue scramble, lari sane lari sini, terus call sane, call sini, mcm2 bunyi ade waktu On Handphone tu. msg masuk. haha. Patu mula la Acara Pecut 200M Lelaki. Menuju ke arah plug2. Masing2 nak charge hp. Pastu melepak kat katil orang2 yang ade kat situ. Sembang. Gelak2. Pastu sunyi. semue konsentret kat hp masing2. Yela, malam Sabtu kene pulang balik hp tu. Srys weh, malam Sabtu tu, semue kalau boleh nak antar paling lambat, termasuk lah aku. Ade yang menangis. aku pulak sanggup call orang lol. Saje menganggu die dan aku sangat kebosanan. Dia pun terpaksa layan aku haha. Malam tu maxis stuck! msg takleh masuk, susah nak call orang. gile. Maka habis sabtu tu, habis la hari minggu kitorang. Terus sulky balik hari Ahad tu.

Kalau bosan weekdays buat ape? em ade satu trend ni. awal2 takde. masuk 2nd month, penuh! Iaitu HANTAR SURAT. Yeah, back to basic babes. angkara hp tade. surat pengubat rindu. malam-malam tu ade la yang melepak kat luar, bace surat bawah pokok la, konon privacy! tak takut pun walau pukul 2 pg. Tulis-tulis surat, ade corak sane, corak sini. Pelangi beb. pastu kalau tade idea mule la menanye member sebelah. Die pun ape lagi, cukup suke. Walaupun baru je bangun tidur, terus keluar ayat gile bes. mcam tulis novel punye ayat! Si Posmen lak untung. Dapat upah maksimum Burger Ayam Double Cheese. Minimum dapat pahala je lar, tapi slalunye dapat RM1. but still untung pe. Aku la antara posmen2 nih haha.

Oh well tu la antara ape yang aku bebel untuk 2 minggu nih. PLKN stuff. Eventho tade kene mengene langsung, tapi aku nak cakap gak. Tah tetibe nak cakap sal ni.
Aku tga online kat Library. Kene research tu, ni. + study Logic. Dah tepu dengan ilmu Logic, aku beralih ke blog pulak.

Oh ya. MANCHESTER MENANG LAWAN INTER MILAN.
Glory glory Man United~ Glory glory Man United~ As The Reds goes marching On! On! On!!