12 July, 2010

595 ^ 1

Kajian menunjukkan, percutian yang singkat lebih membantu mengurangkan tekanan kerja, fizikal dan emosi, daripada percutian yang panjang.

Fakta, atau auta?

Aku tak kesah, asalkan aku dapat lari dari semua. Bersama orang yang tak dikenali? Tak apa. Siapa kau, aku tak peduli. Janji jangan buat hal. Aku nak buat apa yang aku nak buat. Aku nak buat apa yang aku nak buat, selama ni.

Spontan. Random. Instant. Tau-tau aku dah di dalam bilik kolej, menyumbat 2 helai baju ke dalam bag. Toiletries, oh ya. Sedar-sedar aku sedang mengambil tiket tol. Dalam kecelaruan teringat sesuatu. Diana! Damn. Kereta memecut laju, membelahi kabut.


Sampai pukul 2 pagi. Seolah badan aku dililit batu 2-3 tan, seperti menarik kereta api seperti yang selalu dilakukan oleh mereka yang ingin memecahkan rekod; serupa memecahkan badan sendiri. Mengheret badan ke atas, senyum tetapi fikiran entah ke mana, apa yang di dengar bukan suara rakan, tetapi satu lagi bunyi yang tak pernah aku lupa, yang aku rindui. Ditegur. Disapa. Menyuakan tangan untuk berjabat tangan dengan mereka di dalam, yang sedang menunggu; bukan kami, tetapi sesiapa yang mampu menandingi kad terup King berbunga Club.

Berdiri, tegak. Apa aku buat?

"Apai," Aku tak tahan.
"Ye comel?" Aku mencebikkan bibir. Tak habis-habis.
"Aku pinjam selipar kau?"
"Ambik la, pegi mana?"
"Berak." Apai merenung tajam.
"Bawah."
"Kau nak gerak sekarang ke?"

Tanpa menjawab soalan, aku mengerakkan badan, tangan aku. Memerli. Sambil memakai selipar. Ternampak dia. Puzzled.

"Pegi mana?" Lagi sorang. Isk.
"Bawah"
"Nak ikut!"
Suka hari. Tapi aku takkan memperlahankan langkah aku.

Tak sampai 5 minit di atas, aku di sini, sedang memanjangkan langkah, melepasi kolam renang, satu destinasi. Angin menyambutku. Bunyi yang memanggil-manggil aku. Yang ini ke? Betul ke? Tak kesah. Lalu aku merebahkan badan aku. Peduli apa aku. Macam nangka busuk bunyi. Sakit. Tapi bila terlihat atas, aku ibarat di sumbat dengan berbotol-botol ubat khayal. Khayal kah aku? Oh tuhan.

Tak sedar, dah hampir 20 minit aku begitu. Lalu bangun, berjalan, ke arah kerusi santai yang berderet di tepi pantai itu. Baring. Lega. Puas. Dia menegur, aku menjawab. Kami berbual. Terlihat kelibat Apai. Apa, dia pun nak duduk bawah? Lantak. Fatin memanggil.

"Kenapa?"

Belum sempat dia menjawab, panggilan telefon diangkatnya dahulu. Aku cuma melontarkan pandangan aku, jauh ke hujung horizon. 2 minit, 3 minit, 5 minit, 10 minit. Ah, sukahati. Aku kembali ke kerusi. Sedang berbual, ekor mata ku terlihat sesuatu. Lantas aku menoleh, ke arah langit di hadapan. Serentak juga Nini. Lalu kami berpandangan.

"Tahi bintang!" She exclaimed. She sounds excited. I mean, I am too, but still, maybe I'm recovering from the tiredness of the journey. Who cares. Anyways. Aku masih mendiamkan diri. Alamak, hajat. Apa ya, apa ya.

Oh.

Tapi, mustahil, kan? :)

Teringat kita, yang berbaring bertiga. Oh, apa itu? Kapal terbang. "Idiot, helikopter lah!" Aku tersenyum seorang diri. Seperti pita rakaman aku kembali memainkan memori. Lalu aku mendail no mE. Tidur? Ah, peduli. Selfish? Tak kisah.

*****

"Nampak bintang tu?"
"Yang mana?"
"Yang kelip kelip tu."
Aku masih mencari-cari. Yang mana?
"Yang bertukar-tukar warna tu."
Biru. Merah. Putih. Eh?
"Yang tu?"
"Ha ah, lawa kan?"
Memang lawa. Dia menerangkan, tapi semua, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Aku.. berkhayal lagi.


Lalu aku kembali bersandar, melihat langit.

Sambil itu berbual. Dan berbual. Dan berbual. Sampai puas. Aku tak faham, kenapa kau tak tidur? Tak apa, janji aku ada teman. Tidak seperti selalu. Harap momen ini kekal.

5 pagi, Fatin ingin tidur di atas. Aku meneman Fatin ke atas, sambil berbual. Pintu berkunci. Knock knock. Knock Knock. Ah, malas. Sakit tangan, hati jugak. Aku ingin ke bawah;

"Apai"
"..kroih"
"Apai"
"..apa?"
"Abang Apaaaiiii,"
"Ye?"
Aku tergelak.
"Apai, Fatin nak masuk bilik, tidur."
"Okay. Korang?"
"Aku tak." Aku lihat dia. Dia senyum. Takkan lah.

Dan kembali berbual. Pukul 6, dia menyatakan hasratnya. Aku, terkilan. Tak apa, faham. Rasa bersalah, sedih, terkilan menjadikan hati aku tak terkata. Salah aku juga. Tak apa. Lalu aku halau dia ke atas.

Tinggal lah aku seorang.

Lalu aku terfikir. Tentang apa aku soal kan tadi. Betul ke? Yang ini? Baru aku sedar, bukan ombak. Tetapi usikan kenangan.

Lalu kedinginan pagi menusuk hatiku.

*****

11 comments:

Anonymous said...

so sweet >_<

redballerina said...

hop, punyalah panjang. tp aku x berapa nk fham. haha

saiful aizat said...

somehow miss anonymous is so familiar. anyway, thanks..? u_u

dila - tak payah paham pun takpe. haha. aku pakai taip je cerita ni

http://nurshaznibrahim.blogspot.com said...

ya, kamu. selalu saja fikiran kamu terbang walau aku ada disebelah. dan aku tahu itu. tapi, biarlah. kenang saja memori itu. bernafas dengannya, ya. jangan lari.

dieba d diebut said...

weyh.tak paham. takde version pendek skit ke?

saiful aizat said...

haha dieba, malas nak bace? takde ape pun anyway.

@shazni - maaf, aku tak pinta itu terjadi. aku tidak mahu. aku lemas dalam memori aku. susah bernafas.

ilif said...

best bce.mcm calming <:

Nur Fatin Amirah said...

harap lpas ni ade lg percutian brsama2 kwn even brsama kwn yg baru dikenali..but, rasenye ni la yg first n last for me..T_T..waaaa

Anonymous said...

miss anonymous so familiar?? nvm. ur welcome!

dieba d diebut said...

bukan malas bace.aku bace dah (2 times). still tak paham. \o.O/

mE said...

nak remote control.