21 June, 2010

*Journey Ends Nowhere.

Today, I'm getting closer to you,
To tell you that I missed you, so much.

This is the day, this is our time, to make it right, from right back where we left it.
This is afterlife, we longing for,
The colors of our chemistry.

Colours - Oh Chentaku

Inspired by a lifetime experience, true story.


[5.15 pm]

"Kau sure?" Si Botak bersuara.
"Aku okay je" Aku bersetuju. Memang aku nak pun.
*Melangkah ke hadapan* "I'm in." Sahut si perempuan, berbaju blouse.
"Haikal, jom lah, Adik, jom lah. Bukan selalu."
Riak wajah Haikal menceritakan segalanya. Penat, malas, dan membosankan, fikirnya.
"Sorry la Abang Bo, Adik besok sekolah. Abah dah call dah ni"
"Ala, jomlah join Kak Nini, jom?" Ajak si blouse.
Aku diam sahaja.

Setakat ni, plan berjalan dengan lancar. Tak sabar aku dekat PD nanti.


[12.09 pm]

"Angah, ada satu je lagi meehoon tu, jangan makan lak" Aku tegur Nabila, atau Angah.
"Angah tau le," Balas Angah sambil mencebikkan bibirnya. Umur dah 17, perangai macam 12 tahun. Pemikiran macam 12 tahun. Adik Angah, "Adik" pun lagi matang dari kakak nya. Aku mendiamkan diri. Malas melayan. Ini ke perempuan yang jadi rebutan ramai? Uh, mungkin taste diorang lain dengan aku. Ah, pedulikan. Aku ada misi di sini.

****

"Nini belum makan tu Angah!" Tegur Kak Ila.
"Ye, Angah tau. Nak tgk je sape punye meehoon tu je.."
"Hish budak ni, pegi tolong bos!"

Aku tersenyum. Plan semakin berjaya.

****

"Aku lapar weh."
"Bo, ada meehoon atas meja" Aku mengumpan.
"Oh yeke? Parents semua dah makan?"
"Lebih kurang la." Belit aku. Tak sabar.

****

"Nini tak makan lagi Abang Bo." Tegur Angah. Yes, si lipas mula memainkan peranan tanpa disedari, sebagai umpan untuk si kucing termakan umpan.
"Oh takpe lah macam tu. Nini, makan lah."
"Eh takpe lah abang Bo, makan lah."
"Eh die tu kalau tak makan nanti ape la pulak jadi, dah la hantu makan"
"Cis, manade! Habis nanti Abang Bo yang kena drive, pegi Seremban pulak lepas ni, camne?"

"Kongsi sudey." Aku memainkan peranan. Sambil memusing filem 120mm dari Kamera DIANA F+ milikku.
"Sedap kot." Sambung aku lagi. Nini merenung ke arah ku.

Chance korang ni, amek la. Aku cuma spark plug. Engine tu maybe kau, dan si penekan pedal mungkin si Bo.

****

[8.15 am]

Saleh menutup pintu kereta, menarik punat auto power window untuk menutup tingkap. Aku terkesima sebentar. Apa mamat ni, buang tabiat apa? Serentak tu Saleh bersuara,

"Weh aku tak tau camne nak jawab soalan semalam." Aku tergelak. Dah nampak sgt oi botak.
"Ape lagi, kau ade perasaan kat die ke tak?" Aku pulak yang menyoal. Lawak.
"Isk, aku tak tau aku ade perasaan ke tak kat dia." Belit si Botak.
"Eh, Kau takkan takde perasaan langsung kat dia ni?" Perangkap mengelilingi si Botak. Tunggu time je kena ni,
"Ade, tapi bila aku nampak dia, aku tak rasa macam nak ngorat dia ke, na-"
"Ah, tu la perasaan yang patut kau ada der! Perasaan untuk buat dia jadi bini, bukan nak test dia dulu!" Potong aku. Geram. Isk, sepak laju laju jugak kang si Botak ni.
"Betul jugak eh cakap kau,"

Yang mane der? Yang pasal perasaan tu ke, atau yang sepak laju laju?

"Eh Nini, bukan yang tu la!" Tetibe je si Botak ni menjerit. Nampak si Nini bawak bertingkat-tingkat polestrin untuk menyimpan makanan. Lalu berlari keluar untuk menolong.

Memang kau orang patut pegi beli sesama je.
Tak menyibuk pulak aku ni? Haha.


****

[5.27 pm]

Selesai upacara di Seremban. Program penutup ni, aku memang tak nak involved in any ways. Aku di sini ada satu tujuan je. Yang actually, tak benefit aku pun. Untuk orang lain. Untuk dia. Dan dia. Kenapa, kenapa aku ni suka jaga tepi kain orang? Diri sendiri tak terurus. Pity yourself first. Tapi kenapa aku still proceed? Membazir masa aku untuk diorang, yang tak menguntungkan aku?

Aku sendiri tak tau.

[6.39 pm]

"Der, baju PD ni satu! Size M ade?"
"Der?"

Lah, macam cakap sorang-sorang je aku, tengok takde orang pun. Aku bawak lari jugak kang baju ni

"10 ringgit satu dik,"
"Omaigucci. Siod kau botak." Balas aku.

Mane je diorang ni datang. Nasib baik tak melatah. Eh, muka cakap x berseri seri pulak diorang

****

"Loncat je dulu!"
"Ha? Nini?"
"Nini suruh kite terjun dulu laa"
"Yeke?"
"Weh, tunggu aku laa" Nini berlari sambil membetulkan tudung. Dah lama dia tak mandi laut, walaupun berasal dari Borneo.
"Form 1,"
"Ha?" Kami dua blank jap. Asal tetibe je form 1 ni?
"Dari Form 1 Nini tak mand- "
"Nini tak mandi since form 1?" Celah aku, menyakat
"Na na gan, na ka pak, ma lan pam" Sambil tergelak Nini membuat gaya Pistol (tembak) Kapak (er, kapak) dan Lempang. Courtesy from kaedah Mokhdar of course. Jadi kegilaan student-student kami semua ketika mengajar. Seronok.
"Nini, kau dah lama berendam tapi tak basah pun baju!" Aku jerit, lalu menolak air, laju laju supaya terkena Nini. Kemudian ke arah Abang Bo pulak. Lalu bermula perang air, masin. Campuran peluh serta laut. Masuk mata pedih, aku menggosok mata. Ternampak mereka bergelak ketawa sambil mencurah-curahkan air. Aku senyum.

****

Pemandangan sangat menarik. Menyesal aku sebab Diana F+ aku dah kehabisan filem. Nampak si Nini dan Botak mencurah-curah kan air, di bawah sinar sang suria yang meminta izin untuk ke bahagian dunia yang lain. Nini dan Si Botak, terkena splash cahaya oren, dengan riak muka segembira itu, mana mungkin aku mampu menyibuk di situ? Rugi, tak bawak filem lebih. Sanggup aku habiskan gulungan filem terakhir untuk merakam emosi yang bermain di situ. Satu dalam seribu. Lalu aku mengundurkan diri ke gigi air, melihat ombak membentuk dan melanggar si Botak dan Nini. Mereka ketawa riang.
Dan ombak itu menuju ke arah aku, tak sempat. Lalu menghempas di hadapan aku. Sekali, dua kali, tiga kali, tujuh kali, sepuluh kali. Tak sempat merasa ombak. Tak merasa kegembiraan mereka di hadapan. Sedih? Boleh jugak. Sementara itu, pita memori silam memutarkan diri, berlatarbelakangkan bunyi ombak, dan hilai tawa mereka berdua.

Aku, jealous.





2 comments:

ikinroslan said...

me like diz post!
jelez too for those happiness.
luv u all!

-- said...

*rase nak nanges*