06 March, 2011

flapping birds; apparently it's knocking on my door.

Pedal minyak aku tekan, mencecah lantai. Kereta ke kiri, ke kanan, ke kiri, mencelah mencari ruang. Ekor mata tercari-cari ruang, dalam ketidak-ada tumpuan. Entah kenapa aku nak balik sangat, padahal aku dah dekat kolej aku.

Semalam ada dua peluang aku tentukan untuk ikut gerak hati aku atau tidak. Gerak hati aku yang pertama, balik rumah. Aku gagahkan diri aku pulang. Kali ke dua, tak, aku tak buat. Aku patut buat, itu mungkin boleh buat aku rasa lebih lega hari ni.

Malam tadi aku tidur lena. Sungguh. Penat, fatigue, entah. Aku tak tau, apesal lena sangat. Bangun pagi-pagi, buat rutin seharian aku. Lepas selesai tanggungjawab aku pagi buta tu, aku baring, tengok dekat luar. Sampai aku terlelap.

"Aizat, Aizaaaattt."
"Ye mama" Dengan mata separuh terbukak, dan aku pasti ada air liur dekat bibir aku, aku menyahut panggilan mama.
"Mama ada benda nak bagitau, bukak pintu dulu"
"Ha? Awat mama?"
"Ni nak habaq la ni. Bukak pintu dulu" Seperti yang disuruh, aku bukak pintu.
"Ayah kawan Aizat meninggal"
"Hah?"
"Kawan papa tu, apa tah nama dia. Zul ke apa tah"

Aku terpegun jap. Berita yang paling aku taknak dengar, berita yang paling aku benci, benda yang aku paling tak suka dengar, adalah ni. Berita musibah orang lain. Lagi lagi waktu pagi buta. Anyway siapa bapak dia Zul? Zulhusni? Zulfadli? Jap. Zulkifli? Tu bukan ke

Nadmin.

Kawan papa, tick. Kawan aku, tick. Sakit, tick. MashaAllah. Terus aku dail nombor Nadmin. Tak berangkat. Selang 5 minit kemudian, dapat message dari tuan punya badan.

"Aizat, ayah sy baru meninggal"

Terus aku call. Berderau darah aku baca. Bila cakap dengan dia, aku jadi gugup. Aku jadi hairan, apesal aku yang jadi bukan-bukan pulak ni. Kelu, ape jadah lagi lah. Apesal aku yang jadi macam ni? Macam celaka. Dia pulak, sangat firm, dan tenang.

"Dah ketentuan, terime jela"

Selesai bercakap, aku rebahkan badan aku. Kepala aku terbayang papa. Oh, patut lah.

"Aizat, mama nak pi rumah dia, Aizat tunjuk jalan okay?" Aku terjaga. Terlelap.
"Ha? Papa?"
"Papa, ada event dengan RELA. Dia tak boleh cancel."

Jadi aku drive lah mama dan kakak aku, ke rumah arwah. Ternampak Ustaz Hanif, suami Cikgu Shahrifah. Cikgu yang mengajar aku dari darjah 4, sampai 6. Ustaz yang ajar aku mengaji al-Quran dari darjah 4, smpai 6. Khatam 3 kali tak silap aku.

"Papa lambat lagi?"
"Ha'ah kot."
"Shooting practice ke, ada majlis ape?"
"Wallahu'alam Ustaz, tak sempat kot nak datang."
"Sempat kot, insha Allah. Kebumi lepas Zuhur."

10, 15 minit aku dekat sana. Tak jumpa orang yang aku nak jumpa. Tuan rumah, Nadmin dan arwah. Aku kecewa. Mama nak balik dah. Aku redha. Bodoh.

Terbaring dekat living room, depan TV. Mama nak tengok Melodi, sukahati lah. Menyampah aku dengan berita artis sekarang. Lebih kurang lepas solat Zuhur, papa called. Papa cakap papa baru nak bertolak dari majlis. Macam tau-tau je aku tak ikut mak aku keluar dengan kakak aku.

20 minit kemudian sampai depan rumah. Dengan seragam RELA dia tu, keluar, dia duduk seat satu lagi. Aku drive? Tutup pintu, papa menjawab soalan aku tadi,

"Aizat drive lah, papa tak larat."
"Papa dari mana?"
"KL"

Kuala Lumpur saudara saudari sekalian, ke Rawang, 20 minit di tengah hari Ahad, adalah satu achievement ye.

"Ni pun papa suruh naib papa handle benda alah tu. Serba salah. Waktu tengah shooting tadi pun aim lari habis, kepala tak fokus."

Sampai je tanah perkuburan, laju je ayah aku menapak. Besar-besar je langkah dia, dengan kulit muka dia pucat kemerahan. Ish, tak pakai cream yg doktor bagi ke ayah aku ni. Nampak dia bersalaman dengan Hadi, dan ayah Hadi, Haji Muhammad. Lalu di tunjukkan jalan ke bawah khemah, dia duduk sebelah keluarga. Aku tegur Hadi, lalu aku tengok ke arah khemah.

Dah siap dikebumikan dah. Malang. Aku dengan Hadi, dalam khalayak ramai tu, berdiri je. Membaca tahlil, mengaminkan do'a. Pandangan aku tak lepas dari susuk orang yang duduk di hadapan kubur, di hadapan sekali, membelakangkan aku. Selang 2-3 orang, ayah aku. At one point aku nampak ayah aku dengan dia, 2-3 orang lagi tu blurrr je.

Macam mana lah aku nanti. Mampu ke aku duduk, menghalakan pandangan ke arah kubur tu, macam perempuan ni buat? Sekuat, setabah dia? Apalah yang akan jadi dekat ayah aku, entah bila. 2 hari, 3 minggu, 4 bulan. Entah bila. Bersediakah aku?

Semua pandangan dilemparkan ke arah pembaca do'a, apabila dia tersekat-sekat membaca do'a. Sebak. Serentak mata aku bergenang. Aku benci dengan diri sendiri. Over reaction, entah lah. Kenapa aku nak sedih sangat ni, aku tak tau lah. Bukan aku rapat pun dengan arwah, tapi entah lah.

Do'a di sambung orang lain. Aku mengaminkan sahaja do'a. Nampak adik Nadmin, duduk sebelah pembaca do'a tadi. Di sebut nama arwah, lalu di palingkan kepala ke arah adik lelaki Nadmin tu, dia mengganguk. Aku perhatikan sahaja, tangan terketar-ketar menadah tangan, mengaminkan do'a.

Nampak pulak kelibat seorang lagi pemuda, entah siapa. Duduk bertentangan aku, mengambil secubit tanah, di picit, di biar butir-butir tanah tu jatuh ke tanah kembali; Dari tanah kita dihidupkan, di tanah juga kita dikebumikan, dan dari tanah juga kita dihidupkan kembali.

Selesai do'a, aku berdiri. Dan terus berdiri. Melihat keluarga arwah menaburkan bunga, menuangkan air mawar, melihat si kecil dipimpin menuangkan air. Aku, berdiri, entah tak tahu menahu, orang disekeliling aku mula beransur, entah bila Hadi pulang. Bila sahaja aku sedar, bila lagu Heart In A Cage, bunyi riff gitar Nick Valensi berbunyi.

Sambil aku mengorak langkah ke kereta Mini Cooper S tu, aku menyedekahkan al-Fatihah dekat siapa sahaja yang pernah ada, dan pergi dari hidup aku. al Fatihah jugak aku sedekahkan dekat arwah.

Papa drive balik. Aku cuma tengok luar tingkap. Dalam hati masih bersyukur, yang drive sebelah aku ni, papa. Ayah aku. Dia masih ada, aku masih ada peluang. Aku patut bersyukur sangat.

Aku masih ada masa.

2 comments:

Shazni Ibrahim said...

ya.

KNS said...

al-fatihah
hargai lah insan di sekeliling kite selagi mna mereka masih bernyawa ;)