26 December, 2010

--higher

Can you take, me higher?

Sengih sumbing. Macam kerang busuk. Aih, bukan main gembira lagi hati dia. Itulah, dah agak. Mesti dia akan bagi restu, mesti dia akan gembira untuk aku. Aku gembira. Akhirnya, impian aku tercapai. Yang aku rancang sejak aku, aku, boleh ingat. Ya, selama itu. Sejak aku hingusan.

"Pergi Warsaw jangan gedik dengan European woman okay?" Pesan dia
"Er.." Lama sikit dia memikirkan jawapan. Saja. Sambil tease, sambil tunggu reaksi. Dan,
"Amran!"
"Tengok laaah." Sambil tersengih.
"Tengok tu."
"Haih, tak sanggup nak tengok perempuan lain punnn."

Keadaan sunyi. Awkward silence. Ah sudah, otak, cepat fungsi! Aku tak suka ucap benda-benda jiwang camni! NOOOOO!

"..Thanks, bukan main susah awak nak puji," Ayat-ayat itu dimatikan di situ. Bukan aku taknak puji, aku.. Ish. Gila apa aku, tak bangga pula ada teman sebegini, indah? Pandai, kaya, sweet, dan hot di sebalik sopan-santun dia ni. Isk, memang macam mimpi. Kenapa lah perempuan ni nak jealous dengan perempuan lain yang, tak seberapa pun!

"Eh, mesti lah. Kalau dipuji nanti kembang. Payah!"
"Whatt? Isn't it better? It's you, you yang nak sangat badan yang berisi lah, baru ada hour-glass shape lah"
"Eh mana awak tau?"
"Eeeii!"
"...Thanks, you know this is a big moment for me."
"Yea, tinggalkan lah I dekat sini sorang-sorang"
"Mummy ada, daddy?"
"Ah diorang, kalau ada time pun ajak pegi golf! Are you out of your mind, itu bukan sports pun!"
"Right? Hahaha. Nanti kita tenis sama-sama lagi, and please, sayang. Beat me, fair and square"
"You'll see! I'll practice dekat club with Lily and Haz, and when you get back, you'll forfeit just 10 minutes into the game."
"Heh, mimpilah!"
"Menyesal drag you main tenis, tak tau lak you punya beginner's luck banyak gila"
"Righhhtt."
"Nanti.. I'll call you. Jangan tak angkat."
"Habis kalau tengah ada row-call ke, tengah class ke?"
"I don't care! Even if you sick like a dog, or in bed with Beyonce, angkat jugak! I call, you answer!"
"Yes ma'aaammm."
"Belum kahwin lagi!"
"Ye cik puan intan payunggg."
"Hee. Take care."
"You too, your health, penting."
"Em. Thanks."
"I'll go first."
"Mummy Daddy?"
"Dah jumpa tadi. Diorang cakap nak let you have all the time you need to send me off"
"Tak pun"
"Ha?"
"Tak dapat pun, all the time I need."
"Er."
"Dah, dah! Cepat, nanti lambat" Serentak ekspresi muka dia kembali senyum, bercahaya.
"Yelah. Take care. Bye!"

---

Dia masih melihat pesawat di luar cermin. Walaupun dia sedar, ada berpuluh pesawat di situ, entah yang mana pesawat dia. Dia cuma boleh melihat, mana tau, dia pun melihat.

Dan air mata yang disekat macam pili tadi, mula menunjukkan diri. Berlari turun ke pipi. Tidak diseka, dibiarkan sahaja. Matanya yang bercahaya, lesu. Penat tidak dapat tidur semalam, gelisah menunggu hari ini, mula menunjukkan kesannya.

Perlahan-lahan dirasakan bahunya dipegang. Di toleh kebelakang.

Mummy, daddy.

"Amar ha, dia cakap confirm-confirm you will cry, no?"
Dia cuma mengalihkan pandangan ke luar. Menahan sebak.
"I think my princess lagi kuat dari ni kan?" Si ibu pula menambah.

Air mata mula turun selaju-lajunya. Merah muka dia menahan sebak. Sabar je lah.

Well, this is the morning after all.