17 December, 2008

ultraman dan manusia

Ultraman, sejenis makhluk yang amat baik hati. Selalu melawat bumi esp Tokyo untuk menolong manusia melawan raksasa. Layak sebenarnya untuk mereka mendapat 'Datuk-ship' tapi sebab tak pernah tolong Malaysia, jadi kempunanlah beliau. Shah Rukh Khan yelah, tolong Melaka. Ultraman? Hmm. Tapi, adakah benar bahawa Ultraman melawat dunia semata-mata? Adakah mereka mencintai Bumi macam kita? Ataupun, ada udang disebalik mee udang?

Mereka juga ingin menikmati kehidupan di Bumi. Macam kita semua. Cuma mereka tak keluar je lagi dalam video clip (iklan) di channel 551, Discovery Channel. Mereka mempunyai masa untuk berhibur. Macam kita semua. Aku tak tipu. Aku ada bukti kukuh lagi jelas.



-Ultraman patut diletakkan dalam video ni. Wajeb.-



Pertama

Ultraman perlukan hiburan. Seperti kita juga, mereka tengok bola. Tidak pasti samada menyokong Manchester United, Kedah ataupun Kashima Antlers, yang pasti mereka perlukan hiburan.


"GOAL!" Mereka bersorak apabila pasukan yang disokong menjaringkan gol.


Kedua

Manusia mempunyai agama dan kepercayaan. Benda ini juga termaktub dalam Rukun Negara kita yang pertama, Kepercayaan Kepada Tuhan. Ultraman? Sudah pasti. Ini dapat dibuktikan dengan gamba berikut.


"Harap harap Jepun dah tak kena attack ngan raksasa. Eh, tu bukan raksasa ke?"

Ketiga

"Bersukan, Bersenam, berekriasi bersama keluarga~" Kita mesti pernah dengar lagu ini pada tahun 1990-an dulu kan? Masih terngiang ngiang di telinga saya. Rasanya Ultraman pun suka akan lagu ini. Untuk stay fit dan tough katanya lagi.


"Oi, balengla bola tu cepat!"

Keempat

Bergambar. Heh. Banyak manusia sukakan bergambar. Camwhoring, kandid, dan berbagai lagi lah. Ultraman pun tidak ketinggalan.




CEO CEO ni juga tak ketinggalan posing dengan Ultraman.

Kelima

Memandangkan harga minyak semakin naik dan juga ekonomi meleset baru baru ini, Ultraman telah mengambil inisiatif untuk menjimatkan wang mereka, sama seperti kita - Pengangkutan Awam.


Gambar ini telah ditangkap oleh seorang remaja di Tokyo

Jadi, ini lah sedikit sebanyak persamaan antara Ultraman dan Manusia. Usah lah anda berangan-angan menjadi Ultraman, *walaupun aku pernah posing macam tu tapi.. * kerana mereka juga sama seperti kita. Cuma.. Mereka tak dapat merasai nikmat makan Roti Bakar Mentega Kacang. HAHAHA. Nikmat makan Roti Bakar Mentega Kacang ni memang unggul.


"Argh! Nak makan Roti Bakar + Mentega Kacang!" Luahan hati si Ultraman


//Post istemewa menandakan dah 50 post aku dekat blog ni. Sekian, dari saye.//

roti-terbakaq

4 comments:

j a e i n said...

entri yg xbleh blahh..
otomen!!

eh.spe yg taksub sgt smpi sggp pakai kt public.

(ni msti kipas nk nazak otomen kan)

Irsya said...

cesh~ kuatnya imaginasi anda

roti bakar said...

@isteri hulk - huh. ultramen power pe. skali 'bzttt' sure padam.

@irsya - bukan imaginasi ya, kenyataan.

Irsya said...

nape ultraman tak de kat malaysia eh?