09 November, 2011

berlari-lari.

entah berapa round dah aku pusing ni. dari jalan 3/7, ke jalan 3/8, ke jalan 3/9, kemudian ke jalan 3/8 balik, dan ke 3/7, sambung ke 3/8 dan seterusnya. aku tak sedar sampai bila aku sudah mula pendek nafas.

entah lah. aku lah harapan, aku lah pemusnah harapan. kenapa aku? kenapa bukan abang aku?

kalau aku, kenapa apa sahaja yang aku buat, aku salah?

setiap perkataan yang dilemparkan kepada aku, macam papercut. tak nampak, tapi pedih, tiap kali disentuh.

macam pita, setiap perkataan diulang-ulang.

fikir aku lepas aku dapat penganugerahan paling rendah seorang anak boleh dapat, aku akan lebih kebal dari semua perkataan yang bakal menyilukan aku. memang meleset habis lah.


dan dengan setiap langkauan aku berlari, aku mulai sedar sudah hampir larut malam, aku patut balik, berehat. mengambil jalan pintas untuk ke jalan rumah aku, suasana gelap lorong sebelah rumah terbiar tu buat aku rasa gentar sekejap. hitam, legam.

aku capai telefon bimbit, lalu cuba menyuluh jalan, tapi tak berguna;

kerana bulan yang menerangi belakang aku lagi cerah. cuma aku tak sedar.

No comments: