04 January, 2011

late dawn.

...langsir menari-nari atas muka. terasa cahaya di atas mata, serentak bunyi burung-burung bersahutan. dingin pagi ini semacam, sejuk, dan perit. aku terpana lama. melihat kipas bergerak perlahan-lahan, berpusing bagaikan tiada penamat.

langsir terus menari-nari di atas muka aku. terasa hangat pula di tepi batang hidung. terasa lembab sahaja.

meriah betul burung-burung belakang rumah ni. aku masih lagi begitu,
beku di situ,
cuma aku belum lagi sejuk kaku,
dan tersenyum, di sebalik air mata yang terjatuh

ah, mimpi lagi. kenapa semua benda bagaikan benar? realiti? fantasi? mimpi? virtual? mana satu? kenapa sampai sekarang aku boleh rasa, kehangatan? kenapa, sampai sekarang, aku rasa bagai, semua itu benar?

Ya Allah.

kenapa bila waktu-waktu begini sahaja datang benda-benda macam ni? untuk menggelirukan aku lagi? untuk menambah derita, untuk menguji aku? waima, sebagai perangsang semangat? ahhh aku tak tau.

aku dah tak tau, aku memang dah tak tau. tabahkan lah hati.

sekarang, apa lagi aku boleh buat.? aku mengalah, aku tak cukup kuat. aku, give way.
lagi.

tapi at least, aku tak lah sedih berbanding realiti. nak berlari ke mimpi.

ah, berdiri lah. di bumi yang nyata. sedarlah, dah terlambat.

"morning sunshine!" tiap pagi. dan "aku kuat," setiap ketika.

entri pagi yang tah hape hape.