08 November, 2010

even the nights are better.

menggoda. kegelapan. jadi? apa yang menggoda sangat?
dia termenung ke luar.
tidak difokus kepada jalur jalur air yang turun di kaca itu.
banyak.
di sebalik jalur jalur tu, kegelapan.
ditutup lampu bilik.
diselak langsir.
ditolak jendela kaca.
dia melangkah kaki kanan.
cuba merasa, tempat meletak kaki.
tak ada.
disuanya lagi.
kaki kanannya tidak mencecah apa-apa.
ah, lantak.
di kuak kaki kiri pula.
lalu sahaja loncat
steady, but surely, very slow, and light.
warm.
the warmness that will surely melt your heart.
perlahan melangkah.
perlahan sangat, bukan sengaja.
tetapi, langkah yang lemah.
angin menghembus badannya, terasa hampir melayang
seperti menyambut.
dia berdiri.
tegak, mendongak ke atas.
melihat, satelit?
seraya merebahkan badan perlahan-lahan.
walau gelap,
tetapi hitam malam itu, dia masih mampu
melihat awan-awan.
bergerak laju,
selaju angin yang meniup-niup.
rintik-rintik kesejukan tidak dihiraukan.
titis-titis atas kulit mukanya,
dadanya
ibarat menghiris, menikam.
makin lebat,
rintihan hujan yang tak kecil tapi banyak, yang selalu tidak dihiraukan,
lebat sahaja
mengalir ke genting suam
titisan yang beraduk dengan air suam
dari kelopak mata,
turun perlahan-lahan
matanya makin kabur,
dengan memori, impian tidak tercapai,
kekalutan masa lampau,
kebodohan yang teramat,
kealpaan,
kelalaian,
karma yang menanti di zaman sekarang
akibat kelalaian silam,
ibarat pita yang talinya tersimpul,
cerita yang tidak bergerak
tersekat disitu.

rintik hujan makin bertalu-talu
dia masih disitu
entah apa dapat dilihat
cuma penyesalan
dan apa yang mampu di buat
agar dia dapat
menebus kesalahan,
dia redha
jika ini ketentuan Ilahi
dia akan menghiris, untuk menyembuh
yang pasti,
bukan luka dia.