17 October, 2010

tentang pena, inspirasi, puisi.

aku masih teringat-ingat lagi post seorang member course aku, dd. pen merah pen biru aku marah sapa tahu. er. dan selebihnya. berkisahkan kemarahan dia terhadap seorang perempuan, yang aku tak kenal, sebab perempuan itu nampaknya sangat mengenali dia, dan sampai dia sanggup buat camtu dekat orang yang nampak macam kfc happy meal je.

okay, post kali ni tak ada lah kena-mengena dengan minah tu, mahupun mamat tu.

aku mintak maaf lah awal-awal, walaupun dah berbuih mulut aku cakap, dah berketak jari aku menaip, yang aku tulis apa aku nak tulis, means aku update bila aku nak. dan karut apa aku nak karut. bukannya kalau aku bebel dekat RL korang nak dengar pun. at least dekat sini, ruang aku nak bebel.

maaf lah kalau entry post aku, tak inspiring. tak menarik. tak informatif. tak puitis. tak, tulus. tak tajam macam pen.

aku, tak reti tulis post yang inspiring. tak ada kata-kata yang memberangsangkan, yang akan menaikkan morale korang. yang membuat korang fikir, baiklah! akan aku sekian sekian sekian. aku, tak reti quote hadis-hadis, sekadar membaca sahaja. aku takut, salah quote, salah source, hadis tak kuat, habis, payah.

tak informatif, sentiasa dengan karut marut. tak pernah ada maklumat baru pasal gadget, atau kereta, atau kamera baru, game baru. sebab, aku.. tak lah up to date pun. kalau sapa kenal aku, tau lah, aku, balik-balik baju tu. kasut tu. beg tu. lagu pun, dengar radio, ye, tapi pakai FM modulator.

tak puitis. kata-kata aku, tak memikat jiwa. tak reti lah aku, bermetafora. kadang-kadang aku sendiri tak faham apa yang aku metaforakan, kalau aku bermetafora. aku pelik, betul ke apa yang penulis cuba sampai kan melalui puitis diorang tu, pembaca faham ke tak. salah faham, buat anggapan sendiri, mana tahu, keluar ajaran baru. payah.

tapi, blog aku pun, jarang ada cerita pasal aku. yelah, selalu kalau bukan untuk jadi bahan bacaan, orang update status dia, cerita dia hari itu, etc. tak selalu pun aku buat camtu.

blog ni.. ada apa?

blog sendiri, sukahati lah kalau kauorang nak buat apa pun. apa yang kau orang tulis, aku baca. aku enjoy semua blog yang aku baca, sebab, itu.. apa yang kau orang definisikan kau orang. kalau yang berinformasi tu, maksudnya dia sentiasa cari something, rajin selidik benda baru. yang berpuitis tu, seorang yang romantis, bukan bermaksud jiwang. tapi mempunyai idea baru terhadap benda yang normal. lebih kurang. tak faham? tu metafora. paham-paham sendiri. blog kau tempat nak cakap pasal awek kau, pasal benda yang kau tengah jual, kalau blog tu blog jual kamera lomo tu, obv pasal kamera lomo kau, untuk dijual kan.

blog aku, apa yang aku nak tulis lah. pola tak tetap. bermood, atau tak. berlagu, atau bercerita. straight as a sword, atau curve macam fries McD, depends.

contoh, entri macam ni. kan aku dah bebel. tu yang aku malas update blog. mesti aku karut.

bukan lah aku nak kelas kan orang. aku sedar aku tak perfect, tapi kau.. boleh nampak perwatakan orang tu. at least, aku lah. aku tau member-member aku macam mana orangnya. bukan being judgmental or whatsoever, tapi aku, read. aku faham, orang. kehendak diorang. dan, aku tak suka. aku tau apa diorang nak. tapi aku tak suka, aku dapat baca.

fikir macam ni. kau, tau budak tu jalan sorang-sorang. kat tepi jalan. dia, tak tegor sapa pun. tapi, kau tau, yang dia ni tengah cari mak dia. well, tengok dia macam tu, dah lama berjalan muka muram, comot, tepi jalan, sibuk. kau.. tak nak tolong?

bukan lah aku nak cakap aku rajin tolong orang, tapi aku try my best. and yea, i do enjoy helping people.

aku tak suka, sebab? sebab er, aku je yang macam tahu.

di sebalik matahari yang bersinar menyala, di sebalik itu, ada angkasa yang gelap, kelam, di belakang. yang lebih luas. yang kau tak tau.

yang kau orang, tak bother nak ambil tahu, being a normal human being.

yang kau perasan, dengar-dengar dari orang mengenai angkasa hitam tu, kau cuba jelajah, dan angkasa mengalu-alukan, tetapi apa dah jadi, lepas kau, dapat tau SIKIT? bintang yang kau tinggalkan, meletup jadi black hole, menyedut semua cahaya yang ada.

kalau kau tau pun, tentang angkasa tu, apa kau boleh buat? jadikan dia langit biru, luas dan cerah, lebih tenang?

3 comments:

KNue KnUe said...

blog adelah utk merapu walaupun xde org nak bace ke hape. sbbnye? kite enjoy merapu. hahaha.

info pasal gajet2 spt kamera enpon kete n bla bla bla tuh baek laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaasuro diorg google je sbb blog kite bknnye google mahupun bing utk memaparkan info2 sebegitu. ye tak?

saiful aizat said...

kadang-kadang orang cam malasa nak google, baik baca blog member, yg rase feel die lagi dekat. senang paham pun ade. so my point is, semua benda boleh ditulis dekat blog. sebab tu pun, boleh dikire rants diorang? hahaha

KNue KnUe said...

hahah. pun boleyh kot.