09 September, 2010

Kelam (Kabut)

Aih.

Ni bukan repost.

Ni bukan entry Hari Raya, atau Hari Puasa.

Cuma,

Luahan hati dan perasaan,

tatkala hati ini duka nestapa.

Satu hari ini serba-serbi tak jadi.

Bukan.

Seminggu ini,

Semua tak kena.

Kerja aku tak menjadi, semua yang aku rancang tak menjadi.

Apa lah sangat aku ni, manusia biasa saja.

Apa-apa sajalah yang aku buat,

Aku tak tau betul ke salah.

kalau tak ada yang menegur,

perlu ke aku fikir yang aku buat salah?

Aku, memang tak confident pun sebenarnya.

Lagi-lagi, setelah apa jadi dekat aku.

Ah.

Kalau aku buat salah, aku sepuluh jari hulur, mohon maaf.

Aku terus terang cakap, aku tak ada niat nak buat kau orang sakit hati.

Walaupun terus terang cakap, kau orang memang buat aku sakit hati.

Tapi, aku, being myself, memang akan memaafkan kau orang.

Walau mana pun aku benci kau orang,

Yang pernah rapat dengan aku ke,

Yang sekepala dengan aku.

Dan, aku sebenarnya,

Tak suka macam ni.

Lagi suka kalau aku membenci.

Tak adalah rasa kekosongan tu.

Nak membenci tu tak lah jugak.

Tapi, mengampunkan.

Tak semua mengampunkan.

Tapi senang sangat aku.

Menyampah jugak lah.


Sedang orang buat berbagai dekat kau

lepas tu kau pula maafkan dia

kau

gila?


Biasalah,

BATU.

Bila perlu, untuk menghilangkan rasa sunyi,

sedih,

di campaknya ke laut

atau tasik.

Bajet cerita hollywood.

Tengok berapa kali dia terpelanting sebelum terjunam ke dasar.

Pastu tergelak.

Puas?

Bila tak perlu,

Nak tengok sebelah mata pun tidak!

Ah, manusia.

Puasa ni, aku sedaya upaya penuhi undangan,

sana ada undangan, kawan ajak berbuka,

sesi berbuka bersama fasi-fasi,

sesi berbuka bersama empayar22seratas yang berada di kl,

oh, bersama rakan sekolah tak ada pula. malang lah.

dengan spam inc. haha. last last aku dinner dengan mE.

Maaflah, mE, tak terlayan aku.

Cokelat tu, habiskan tak?


Sampai,

kadang-kadang aku nak berbuka dengan family aku pun tak sempat.

Complaint, yes. Salah aku ?

Entah.

Maybe.

Kerja, cari duit. Aku, tak kaya.

Tak sanggup mintak duit dekat mak bapak sendiri.

Betul, serious.

Aku, nak jugak jadi pengikis harta mak bapak aku.

"Papa nak Savvy"

Oh silap. Orang sekarang tak main la savvy. Diorang main kereta mahal.

"Papa, nak Neo"

Atau "Papa nak Golf GTi"

Tak dapat memberontak.

Okay lah maybe tak memberontak

Sebab selalunya akan termakbul.

Serious aku nak hidup macam tu. Betul.


"Alah, kau anak Dr boleh laa"

Aku tauu.

"Mintak lahh"

Tunggu ego aku menundukkan diri dia lah.

Aih.

Salah aku, kejar duit sangat. Kot.

Aku... makin jadi orang yang aku benci.

Dulu, aku mengkutuk orang yang

kini, jadi aku.

Bodoh betul, tapi.

Aku tak rancang.



--



Kawan, perkataan tu sangat besar.

Dari sejak kau lahir perkataan tu dah ada di sekeliling.

Waktu kecil kau dekat dalam wad bayi,

Kau tekapkan tangan kau, melihat di sebelah kau,

Dia pun senyum,

Kau dah ada kawan.

Sampai ke harini, kira lah jumlah kawan.

Ramai, sangat.

Sekarang, cuba kira mereka yang pergi.

Macam-macam sebab.

Sebab natural, pergi sebab ajal,

atau pergi sebab, dah lumrah.

Atau, yang pergi sebab,

Sebab kita manusia?

Kawan, pergi dan datang.

Semudah tu?

Tak, aku tak anggap kawan aku macam tu.

Tapi kalau betul lah macam tu.

Too bad then.

Aku, bertuah ada kau orang.

Yang pernah ada dalam hidup aku tatkala aku mencari haluan.

Masih aku ingat mesej-mesej kita 5 tahun lepas.

Masih aku ingat memori kita di bangku sekolah.

Atau di depan PS.

Atau di atas basikal, di tengah rambang.

Atau, di atas bumbung rumah, bawah langit hitam bermanikkan bintang.

Aku sedar, aku hanya manusia.

Tamak, dan naif.

Segala-gala aku fikir, senang.

Dari kecil sampai dewasa, sampai ke tua, aku tak mau jadi orang yang kejar duit sampai lupa keluarga.

Dari kecil sampai dewasa, sampai ke tua, aku tak mau lupa seorang pun kawan aku.

Nah.

Assurance dari seseorang, memang meyakinkan kau.

Tetapi, jika assurance itu hanya tinggal memori,

ianya memori yang pahit.

Sekarang,

Rumah yang besar, gelap ni,

Ruang yang kelam ni

Membuatkan aku rasa pilu.

Terkenang masa gembira,

tatkala menghampiri 1 Syawal,

di tambah rasa sedih,

meninggalkan Ramadhan.

Roh roh mula kembali untuk menerima azab setelah tamat Ramadhan.

Kegembiraan di kala melihat wajah orang yang tersayang

Semua itu hanya di bulan yang penuh barakah ini.

Kepada semua rakan taulan, aku mohon maaf atas segala apa yang aku buat.

Aku, cuma insan biasa. Betul.

Asyik buat salah. Tegur lah aku. Cakap depan aku, betul kan aku.

Ramadhan ni, aku harap kau orang gembira melaluinya.

Semua, ada pengalaman tersendiri.

Aku pun.

Udara yang dingin ini,

Tak membantu pernafasan aku.

Tersekat-sekat,

Dalam kesayuan, kerinduan, kepiluan, kegelapan.

Kesunyian.

Menahan sebak, bagai nak pecah.

Sunyi.

Kelam.

p/s : Selamat Hari Raya Aid'l Fitr. Maafkan segala kekurangan aku.


4 comments:

mE said...

gigi ak penat kunyah sme coklat tu.

Selamat Hari Raya, sorry for every single thing~ m(_ _)m

Khatijah Hamid said...

Selamat hari raya aidilfitri :)

Tya Matdiah said...

dude, are you okay? i haven't talked to you for such a long time. what's going on? this is worrying the hell outta me.

- - said...

aku pun nak jugak post macam ni tapi, mcam biasalah. simpan je..
anyway, slamat hari raye.