02 September, 2010

--telefon


--




Shima berlari-lari. Terkejar-kejar. Ah, saat ni pula handphone habis bateri. Malam ni, sungguh panas! Dingin air-cond teksi yang baru dia keluar sebentar tadi pun, sekejap saja melekat di kulit. Rambut panjang berkilat bak sutera itu menari-nari mengikut rentak tuannya.

"Maaflah, kami tak ada khidmat mengecas handphone orang, tak berniagalah kami nanti"
Ahh, getus hatinya. Belas ikhsan sikit lah.
"Tappii, ada pondok telefon di hadapan kedai ni. Ha, nah, kad RM10"
"Ha, baiklah, thanks!" Seraya dia mengambil kad, dan membetulkan wedgesnya.
"Cik! Nanti jap" Ah, baru dia nak membuka langkah.
"Ye, kenapa? Saya dah cakap thanks kan tadi?" Tanya dia, ragu-ragu. Rasa bersalah pula kalau terlupa mengucapkan rasa terima kasih atas bantuan kakak ni.
"Er, kad tu.. Harga 10 ringgit, cik."
"Oh, sorry sorry"

Ah pelik jugak phone booth ni. Ada pintu. Ingatkan di Malaysia tiada booth telefon macam ni. Selalu aku nampak di Portsmouth. Ah Portsmouth. Lawa sungguh tempat tu.

Dia masih terbayang. Masih terasa lagi bayu menghembus badannya.

Oh, kau bagaimana sekarang. Sambil itu dia mendail. Pelik, berpusing jugak untuk mendail di pondok ni. Macam telefon lama di rumah atuk. Ah, kesah lah.

Terdengar suara dia. Menanyakan siapa. Ah, lega. Sejak dia pergi, aku gelisah. Rindu.

Kau, ego. Tinggi. Sejak outburst dengan daddyku, kau kini di hujung sana. Mencari rezeki, cara kamu. Maaflah, daddyku memang begitu. Tapi, kau pun ego. Ah, ego itu yang buat kau macam ni, terseksa. Tapi, ego itu jugalah yang menambat hatiku.

Walaupun kau menafikan ia, kau menafikan perasaan kau, menafikan ego kau, menafikan, semua. Tapi, aku hanya senyum. Aku, tau perasaan kau sebenar. Hah. Kau juga, tahu kan?

"Er Assalamualaikum, saya Cik Aisyah dari Menara Maxis"
"Waalaikumussalam.. Er, apa salah saya buat?"

Shima tertawa kecil, cepat-cepat dia menakup mulutnya. Apa lah, awal awal dah tanya apa salah.

"Saya dapati encik telah menganggu satu nombor pelanggan kami"
"Huh? Ade ke?"
"Kalau tak ada saya tak telefon encik lah" Lagi sekali Shima menakup mulutnya, bimbang ketawanya terdengar. Ah, engkau niiii.
"Oh, nombor siapa cik?"
"012-34*****"
"Eh, nombor siapa tu? Tak kenal lah. No awak ke?" Eh eh mamat ni. Dia mengorat pulak? Ish, sampai hati.
"Eh tak lah."
"Oh, kalau itu nombor awak, boleh lah saya kacau awak"
"ASHRAF!" Bergegar pondok telefon tu
"Shima! Pecah gegendang telinga saya tau!"
"Eeeii! Geram ahh. Sampai hati pegi mengorat perempuan lain"
"Haha, ingat saya tak cam suara awak ke?"

Dan perbualan tu meleret-leret. Ah, rindu aku dengan kau, dengan suara kau. Dengan karenah kau. Memang menghiburkan hati aku. Aku dapat rasa kau ada di sini. Sebelah aku. Ah, panas lagi.

"Sana panas?"
Eh, tau tau pulak dia
"Ish, hai gelas, lama tak jumpa. Bestnya, cakap dengan gelas ni"
"Er, dengar dengar, tadi mengelamun jap. Ye, panas. Sana?"
"Sini tak lah panas sangat, redup jer. Angin pun meliuk-liuk. Haaih, Best."
"Ehhhh. Tak aci. Sini panas gila!"
"Ah, kalau macam tu awak pergi lah.."
"Eh jap, awak pakai nombor siapa ni?"
"Oh, pakai public. Handphone rosak, battery kong."
"Battery habis tu kira handphone rosak ke? Ish, dasar anak orang kaya"
"Eh tak lahh. Ee geramlah!"
*Tak habis habis. Kalau kau dekat depan aku, aku tenyeh tenyeh muka kau dengan buku lima aku ni. * Sambil dia menggangkat buku limanya, dan menggenggam.

"Jadi, take care lah. Jangan kelam kabut sangat. Ni tidak, asyik terlanggar itu lah, ini lah, terjatuhlah, ape lah"
Oh. Terima kasih. Terharu. Ah, tak jadi aku nak gigit gigit kau. Kau memang, selalu buat aku indecisive. Sekejap marah, sekejap rasa gembira pulak. Pipi ini rasa hangat sahaja. Ah kau. Kejam!

"Er, rasa pelik pula" Shima tertanya-tanya. Pelik apa pula?
"Yelah, cakap guna telefon je. Awak yang call pulak. Segan lah."
"segan apa nya" Balas Shima
"Awak tengah kumpul duitkan, tak apa lah, biar saya yang habiskan duit daddy, okay?" Terdengar gelak kecil di hujung talian
"Ah, duit daddy awak tu boleh habis ke?"
"Boleh! Tengoklah saya belanja macam mana"

BEEP BEEP BEEP

Oh dah habis pulak. Di bukak nya pintu pondok itu, akak kedai memerhati.

"Akak, maaf, tapi saya nak beli lagi kad?"
"Haa, tak pe, tak pe. Berapa?"
"30 punya ye akak?"
"10 tak cukup ke adik? Dah lama ke tak bergayut dengan dia?"
Shima hanya mampu tersenyum sahaja. Sambil membayar, dia mengangguk, tanda terima kasih.

Dan mereka sambung berbual, sampai tengah malam. Ah. Bila sudah lama tak terjumpa, macam ini lah. Masa berlalu, tak perasan pun. Sejam macam, seminit, bukan, sepuluh saat.

Gelapnya awan. Ah, aku benci hujan. Malam-malam hujan pulak, ah, Uncle Abu sudah aku suruh balik. Lagipun malam nanti dia ada buat kenduri khatan untuk si Hanif tu. Aih. Gelisah.

Agaknya si Asyraf dah habis ke kerja? Ah, rindu dia. Rindu suara dia. Sedar tak sedar, Shima telah berada di kedai haritu.

"Shima, tak nak telefon dia dah ke?"
"Eh akak. Haha, nak nak, kakak ade jual kad berapa?"
"Ade 10 je, sekejap je laa."
"Aih takpe lah akak, janji dapat cakap sudah."

Entah kenapa, walaupun handphone Blackbery dia sudah dibaiki, dia masih menggunakan telefon itu. Entah lah.

Di dail nya nombor. 0173.....

Duuut duut. Duuut duut.

"Maaf, saya tak dapat menjawab telefon, maybe saya tengah drive, tido ataupun tengah kerja, sila hubungi saya kemudian, thanks!"

Er. Tak habis lagi?

Dail lagi.

Dan lagi

Dan lagi.

Akhirnya, ada bunyi telefon di angkat.

"Siapa?"
Eh. Siapa ni, salah dial ke?
"Ni Shima, ni siapa?"
"Cik ni, keluarga dia ke?"
Eh siapa pulak ni, sebuk je nak ambil tahu.
"Ye saya, cousin dia. Long lost cousin, baru balik from Ireland." Tipu Shima. Ah, bohong sunat. Asalkan kau bagi dekat si Asyraf tu sudah lah.
"Asyraf kemalangan"
"Ha?"
"Eksiden"
"HA?"
"Ada motor langgar dia, dan lari"
"Betul ke, ish awak jangan main-main, saya ni ada cable dgn IGP" Ugut Shima. Ah. Risau ni.
"Betul lahh. Cik ni Shima?"
"Ye say..."
"Jap jap jap"

Ahh. Risau lah macam ni. Ini, mesti kerja Asyraf. Nak main mainkan aku. Ah Asyraf! Jangan lah buat macam ni.

Angin mula menghempas pondok telefon itu. Terdengar bunyi ribut mula mendekati. Bunyi angin yang kuat, menakutkan. Suasana yang amat mengerunkan. Langit, gelap, segelap gelapnya.

"Shima.."

Dan mereka berbual bual. Entah apa dibual kan. Airmata laju turun dari kelopak Shima. Dari berdiri, dia tersandar, dan akhirnya terduduk. Lama, katanya menunggu bantuan, ambulans. Ada kesesakan, orang ramai ingin tengok Asyraf, sambil tergelak, dalam sakit. Gila. Makin kuat esakan Shima, tersedu-sedu, meminta jangan tinggalkan dia macam ni.

Shima masih di dalam pondok itu. Awan makin berarak pergi. Dia sudah basah. Hujan, tak turun pun. Tapi dari air mata sendiri.

Dan ganggang telefon tu tergantung. Tidak terletak. Shima, cuma bersandar di dinding lut cahaya itu.

--

4 comments:

- - said...

kutipkutipkutip from here and there, but in the end, pehh. aku bisa nanges.

sedih siott.
plus..nice.

5 bintang lahh.er, nope. 4 stgh. 5 hny untk aku.bahahaha

Nur Fatin Amirah said...

its hurt when someone we love so much left us behind no matter how they left us alone...

Nazrul Montolivo said...

woo woooo kaw ke yg karang sume ni epul?

ilif said...

collect semua cerita2 ni, pastu buat buku citer pendek. best!

cover buku ili designkan. nanti untung aizat 40 ili 60.