03 April, 2012

i should've know.

al-kisahnya seorang aku. seorang yang sangat-sangat bodoh. sangat-sangat tak guna. 

ya Allah ya tuhanku. adakah ini satu petunjuk dari Engkau? sebab dari tahun lepas, rezeki aku tak leh apply degree? UPU tahun lepas, UTM tak kasi apply UPU. Then ada UiTM. Punyalah meroyan aku mintak UiTM, x dapat jugak. Takpe, ade UPU taun ni pulak. 

Then, this happens. Aku memang betul-betul putus harapan. Rezeki aku untuk belajar takat ni jeke? Memangla ilmu kat mana-mana, kalau ikutkan, aku lagi rela belajar ilmu yang tak diajar dekat uni seluruh dunia. ilmu tak formal. tapi dalam masa sekarang yang memerlukan sijil pengiktirafan untuk kau layak digelar 'BERJAYA', aku terdesak. fucking desperate. 

aku tak salahkan UPU. really. aku tak salahkan UiTM jugak, mahupun UTM, atau sape sape. yang salah, sorang je; 

AKU. 

sebab aku bodoh. bangang. aku sangat-sangat terdesak untuk "BERJAYA", sebab aku takde apa-apa untuk dibanggakan, langsung. Kau pergi sana-sini, aku kat sini. Kau dah ada degree, aku still kat sini. Setahun berlalu, apa progress aku? Tersekat kat sini.

Kerja Gred 31 aku tolak untuk puaskan hati mak aku yang nak tgk aku sambung study dulu walhal dia terang-terang nak orang, yang ada kelulusan diploma Sains Komputer. Peluang tu dah tertutup. UiTM, dah tertutup. UPU pun. Aku lambat. Aku lembab. Yang ada sekarang, peluang untuk apply kerja Gred 31 lagi sekali, tapi aku confirm, mak aku takkan bagi. 

You see, bila parents kita orang kampung yang susah, ayat cliche yang akan keluar ialah; buat lah apa yang kau nak, nak.. janji duit halal, buleh tanggung keluarga anak bini mak bapak.

bila kita orang bandar, mewah, ayat cliche yang akan keluar ialah pilih mana-mana universiti, atau pilih course mana-mana yang menawan hati, janji kau bahagia dan gembira selalu.

bila parents kita orang kampung yang susah dan telah berjaya, satu-satu alat pengukur yang diberi ialah kejayaan mereka, kena jadi lebih baik dari mereka sebab mereka telah berjaya walaupun susah. 

pendek kata mama papa dah berjaya. sangat, sangat berjaya. macam mana aku nak bangga kan diorang? kena berjaya. macam mana nak berjaya? senang. satu sijil pengiktirafan kau hebat. SPM kena A seberapa banyak yang boleh, Diploma/Degree kena pointer setinggi gunung, kalau boleh kena sampai Master, PHD, IR, etc etc baru orang pandang kau. 

Ini yang terjadi dekat aku. SPM aku fucked up. Diploma pun I guess kalau ikutkan standard mama papa. Aku buat diorang rasa sedih. Aku sedih dengan aku yang tak boleh buat diorang bangga sikit pun! 

Ye, dari segi apa yang diorang nak, aku gagal, miserably. 

Aku pun tak tau, apa yang tak kena dengan usaha aku. Semua tak kena, semua. Ada yang tak tau apa yang diorang nak pun boleh sambung sampai degree master sedangkan aku, macam xde peluang langsung. xde. 

ye, aku ni manusia yang SERING melakukan KESILAPAN. hukum lah aku. ikutkan hati dah lama aku lari. lari jauh dari semua orang, semua benda yang aku tau. semua orang yang aku tau. semua yang mengadili aku kecuali hakim dan yang maha esa. semua. aku nak duduk, kerja dekat kampung mana-mana, jadi cikgu ke, jadi nelayan ke ape ke, dan gembira dengan apa aku buat. 

itu tak kena ini tak kena, aku bosan dengan hidup aku. ikut guideline pun fail, aku dah makin bosan cuba. aku dah tak larat, aku dah tak boleh positif. aku dah bosan taip benda sama, dari entah berapa tahun lepas. aku bosan dengan diri aku, aku bosan dengan semua benda, aku cuba perbaiki semua benda tapi semua benda tak boleh dibaiki, atau aku memang takde keupayaan untuk buat itu semua.

kau tak tau macam mana aku ternganga depan kaunter bsn tadi. kau tak tau macam mana gagap aku tanya kakak kaunter tadi ape aku patut buat, kau tak tau betapa banyak kali aku tanya ape boleh aku buat dekat upu, kau tak tau betapa sebaknya aku bila aku dail no papa, kau tak tau betapa menggigil tangan aku pengang phone aku, kau tak tau betapa kecewa nya aku dengan diri sendiri

kau tak tau betapa aku betul betul down. this is, i can call, the bottom, of the bottom. kalau boleh pegi downhill lagi daripada ni, memang hidup aku kena sumpah kot.

2 comments:

Nor Liyana Mohamad Rosly said...

there's no of hidup kene sumpah or such, tapi yang pastinya Allah bersumpah dalam Al-Quran yang berdoalah, nescaya Dia perkenankan.

"dan Tuhanmu berfirman,'Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yg sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina," (Al-Ghafir, ayat 60)

dah selalu dgr ayat ni? dah berdoa? tapi still dalam masalah? humm mungkin x cukup berdoa? janganlah putus asa, Allah uji supaya kita hamba lebih dekat denganNya. cuba muhasabah, mungkin kita x cukup dekat kot dengan dia. I couldn't help more, just giving some motivation in here :)

Alia Lokman said...

yang penting kau usaha, usaha untuk mencari peluang.selalu berdoa and yakin dengan Allah.kalau kau dah usaha sehabis baik, tapi tetap tak dapat apa yang kau inginkan, mungkin belum rezeki kau.yang penting, believe in yourself and in Allah. =)