02 April, 2012

walking after you

hati aku ni sekarang, macam ada lubang hitam; a supermassive black hole. nampak apa-apa bentuk cahaya pun, kompem kene sedut. nampak apa je jenis escapism, sedut. sedut dan sedut. tapi masih lubang hitam. sia-sia. selagi tak kena tutup, selagi tu apa je yang aku buat, memang sia-sia.

aku tau satu je cara nak tutup, aku tau. tapi kalau boleh, dah lama aku tutup, ye tak? sape tak nak?

ye aku mengaku, korang ada cara lain, yang maybe lagi fixed berbanding dgn aku, yang random. korang maybe ada mak, atau ayah, atau adik, atau kakak, atau abang, atau bff, atau gf, atau bf, atau ape-ape jelah. tapi kalau korang kenal aku, betul-betul, korang akan tau, aku ada sape.

ye, aku ada something yg sentiasa teman aku pegi mane mane. aku ada selimut, bantal dalam kereta kancil aku, dalam bonet ada botol kaca penuh dengan crane yang aku bawak ke hulu ke hilir, dan, handphone.

mungkin senang untuk korang cakap move on, gerak lah, atau ape je. tapi.. aku bukan macam tu. aku tak pernah berubah hati.. aku suka kancil tu dari darjah 2, sampai sekarang still aku suka dia. inikan.. lagilah..

kemalangan memang tak berbau.. ape je yang aku terima sekarang, adalah akibat perbuatan aku. aku redha, terima.. kalau korang tak faham pun apa nilai redha bagi aku, meh aku bagitau. aku jenis yang tak givap kalau aku rasa aku tak salah, aku bukan jenis duduk diam tengok je ape jadi kalau aku tak salah. ada sebab kenapa aku still fight, sebab aku tau kebenaran dia lain. tapi sedaya aku cuba pun, aku tak mampu ubah takdir.

aku pernah ada orang tilik. aku jenis yang, akan terus usaha, sampai memang tak boleh dah, memang usaha sampai nafas terakhir. itu mungkin kelebihan, tapi aku rasa kelemahan. sama macam 'kelebihan kelebihan' aku, yang aku anggap kelemahan aku semata-mata.

ada sampai tahap memang aku tak tau dah hidup aku ni berbaloi ke tak. memang cam bodoh je bagi korang yang tak pernah rasa, tapi kalau yang pernah rasa, dan tersenyum bila baca aku tulis ni, paham, korang tau kenapa. kenapa korang ada kat sini, baca blog aku lagi? mesti ada sebab, ada batu pemberat, ye, aku jugak ada, at least pernah ada.

and i'm here. still here. will still be here.

No comments: