04 October, 2010

--Omoide

Air turun laju. Gelap. Sunyi. Suasana yang paling dibenci. Tapi, suasana itulah yang dicari. Yang menggambarkan dia. Dia, terduduk, mencangkung. Macam dulu. Cuma bezanya, kini dia di kamar mandi. Air pancut turun tak henti-henti, bersama memori yang diimbas, yang tak mungkin kembali.

Duduk, termenung. Tengah hari tu tak macam tengah hari lain. Bercahaya matahari, tapi tak panas. Tak bahang. Tapi tak menghalang peluh meleleh di dahi Firdaus. Bunyi unggas bersahutan, segala bunyi alam sekitar ada. Pelik, betul ke ni Kuala Lumpur? Matahari kini mula menghasilkan bayang, menandakan sudah lepas tengah hari, sedikit. Pukul berapa? Berapa lama sudah aku dekat sini? Hish, kalau lah jam tu tak putus waktu sesi 'suai kenal' dan 'ramah mesra' baru-baru ini dengan pelajar kelas sebelah yang langgar Firdaus sehingga dia dapat merasa Mee Sup kantin sekolahnya itu agak masin, at least dia dapat agak berapa lama dia akan dapat bertahan di situ.

Paappp!

"Adoi! Sakitlah!" Terasa perit dibelakang badan dia.

"Er, sorry?" Si perempuan itu tertutup mata, takut kena marah. Firdaus tersenyum, tapi cepat-cepat dia tukar senyum, kepada mimik muka marah.

"Sakit lah," Ulang Firdaus.

"Gaduh lagi la tu"

"Tak lah, ramah mesra antara lelaki dengan lelaki lain. Menggunakan physical contact"

"Ye lah, kalau camtu kenapa tak ramah mesra ikut PE?"

"PE?"

"Physical Education"

"Pendidikan Jasmani, kami sekolah Kebangsaan je."

"Hergh. Benci lah, jangan macam tu."

"Kalau PJ nanti cikgu salah anggap. Kitorang ber'gurau' dan ber'mesra' je. And besides, diorang kelas belakaaaaaaang. Hah, asal lambat?"

"Jom, ikut Haz jap. Kak Sofinas nak jumpa."

"Vivy Sofinas?"

"Perempuan, ingat jerr."

"Habis tu nak Firdaus ingat lelaki je? Kang cakap asyik gaduh je."

"But still..,"

"Plus nama dia pelik kot. Vivy? Mesti la ingat."

Tanpa menghiraukan bebelan Firdaus dia berlalu ke dalam sekolah. Rasa marah jugak, kenapa dia ingat Kak Sofinas, yang baru sekali dia ternampak, bukan aku, yang dia langgar, tapi masih tak ingat-ingat waktu jumpa kali kedua? Aku ni, tak cukup ke?

Firdaus mengekor sahaja Hazirah. Apa lagi lah perempuan ni. Dah la berjam aku tunggu dia, tapi dia.. ada hal pulak. Busy. Kalau aku tau baik aku lepak dekat rumah. Papa mama memang tak ada, tapi, sebab Uncle dan Aunty yang jemput datang, aku pergi jugak. Jaga hati. Yelah, Uncle selalu buat aku happy. Apa salahnya buat dia happy?

"Fir."

"Hm?"

"Firrrr." Isyy ape ni.

"Ye."

"Firrrrrr." Sambil mencekak pinggang.

"Baiikkk. Kenapaaaa." Panjang sahaja dia tarik. Aduh, macam mak orang! Apa beza dia "ya" atau pun "baik"? "Baik"? Macam tak kena bila fikir maksudnya, dengan cara penggunaan.

"Teman Hazirah jap."

"I'm here."

"I mean, let's take a walk?"

"We're walking." Saja dia nak bagi sakit hati. Geram tadi tak hilang lagi

"Fird!"

"Apa?"

"Jom lah, teman. Nak jalan-jalan."

"Penat lah, panas lagi ni"

"Fiiinnee then. Haz pergi sorang-sorang, dekat area damansara ni." Adus, sudah.

"Yelah, mana?"

"Ikut jalan belakang sekolah ni"

"Takpe ke masuk sekolah ni? Well sebab this is Sri Cempaka. I'm from an ordinary school, sekolah kerajaan je. Boleh ke masuk?"

"Fird! Dah la!" Dia menghentak kaki sambil berjalan. Eh, apa je yang aku cakap ni. Lain aku nak keluarkan, lain yang terkeluar.

Firdaus mengekor sahaja. Tercongak-congak cara untuk meminta maaf. Tapi, kenapa aku pula kena minta maaf? Dia, berlagak macam diva, pemaisuri, aku yang jauh ni kena tunggu dia, biarlah dia rasa sakit hati pula.

"Apa ikut? Penat kan? Pergi lah tunggu dekat rumah with my dad."

"Uncle takde."

"Then with mummy lah"

"He's taking her with him."

"Eiiisshh!" Seraya dia membuka langkah, berlari mendaki bukit, lalu terus ke jalan Pinggiran Setiabudi.

"Eh, nanti!" Gila! Dengan long skirt dan berkot hijau tu dia nak berlari? Tak reti penat ke? Firdaus mula membuka langkah, mula-mula berlari anak. Tapi melihat Hazirah makin mengecil, dan menghilang disebalik bukit tu, dia mule berlari. Dan, sampai juga ke Pinggiran Setiabudi tapi.. dah hilang.

"Haz?"

Perlahan dia menuruni bukit tu, menuju ke arah Jalan Setiabudi. Seriously, takkan lah dia menghilang macam tu je. Menusuk hati ke bagai mata pedang ke ayat aku tadi? Ah, bersalah. Karang apa aku nak jawab bila menghadap Uncle, Aunty? Yang penting, Mama Papa dekat rumah. Arhhh. Tapi, apa jadi nanti dengan dia? Kena culik? Kena rompak? Kena.. Oh tidak. Tolonglah, tuhan!

"HAZ!"

"HAZIRAH!" Terpekik. Terlolong. Tidak. Terduduk Firdaus. Janganlah. Aku.. menyesal.

"How wass'that? Risaukan Haz ke? Ouh, so sweeet." Firdaus terdiam. Terdengar suara dari belakang. Dia terus membisu.

"Tak punn, issshhhhhhhh." Sambil dia menarik-narik pipi perempuan tu. Geram, sangat! Merah delima pipi perempuan tu. Sudah lah kulitnya putih macam kain putih, bila merah saja nampak beza, teramat.

"Ouch! " Seraya ditumbuknya bahu Firdaus berkali. Padan muka kau, aku. Takut tadi. Bangga pulak Hazirah, dapat buat lelaki macam Firdaus tu pucat lesi. Tapi pipi ni, perit terasa.

"Senyum apa, nak lagi ke?" Gertak Firdaus. Ish, boleh pulak buat memain.

"Nothing lah, jum!" Ditariknya tangan Firdaus. "Teman Haz?"

"Yelah yelah." Perlahan lahan dia melangkah, berat. Hati, memang gembira. Tapi, susah dia dapat zahirkan. Tapi perempuan ni. Ah, dia faham-faham sahaja. Suka hati dia saja nak buat apa. Aku, yang terperangkap.

"Nak pergi mana?" Lama Firdaus fikir nak bertanyakan, bunyi macam soalan yang mudah, tapi seolah-olah.. menampakkan kesudian dia untuk teman Hazirah.

"Nak..SLURPEE!"

"Erk. Ke 7-E lah ni? Eh jap, Haz!" Risau betul, selamba je dia melintas jalan? Risau aku dibuatnya. Pusat Damansara ni, tau lah kereta yang lalu jalan ni sikit sangat. Tapi bahaya, malang tak berbau. Tapi kalau kemalangan, memang berbau lah, bau minyak hitam dan minyak segala.

"Cepat lah Fird!" Melangkah jalan, menyusuri Jalan Setiamurni. Mereka bersembang, saling usik-mengusik. Ada sahaja yang tak kena, walau benda sekecil zarah! Itulah mereka.

"Huh, what else you bought?"

"Oh, this is for you."

"Coke? Er, kay. Thanks. Huh, plaster?"

"Yelah, kang sakit belakang tu." Berdekah-dekah Firdaus gelak. Apa lah yang perempuan ni fikirkan. Terpegun kakak cashier tu lihat Firdaus. Sihat ke tak budak ni. Perlu ke aku ready nak tekan bell in case kalau tetiba ni lakonan, untuk rompakan?

"Haz, hahahahahaha" Tak henti lagi. Ahh, lawak sungguh lah dia ni.

"Ape ni Fird, cakap je la" Makin sakit hati lihat Firdaus tergelak-gelak. Apa salah aku buat? Kot ni ada kotor ke ape? Ade benda ke dekat rambut ni?

"Fird, baik cakap, is there something at my hair?"

"Hahahahahahahahahaha"

Tak henti-henti lagi. Hazirah makin gelisah, apa ni?

"Haz, thanks for your concern but, plaster untuk luka! Bukan untuk lebam ke sengal otot ke ape hahahahahaha!" Merah padam muka Hazirah. Berani dia gelakkan aku depan orang ramai? Nasib ada kakak cashier ni je. Ah, tengok, kakak cashier ni pun tersengih je tengok aku. Eiiiii. Malu!

Lalu mereka susuri Jalan Setia Bakti, menuju ke destinasi asal. Tengah hari tu, meriah betul. Mereka, bergembira tanpa pedulikan mata-mata yang melihat. Ah, janganlah habis saat-saat ini. Bahagia.