"Kita kembali dalam rancangan Ah-Ha!"
"Ah-Ha musim keduaaa, Ah-Ha Ah-Haaaa--"
Dalam bilik tu, dia duduk termenung sahaja. Televisyen yang terpasang dibiarkan. Terdengar gelak suara dari peti hitam atas pintu bilik air di bilik itu. Tapi dia tidak peduli. Tidak mendengar pun. Tidak sedikit pun mengganggu konsentrasi fikirannya. Fikiran yang jauh ke tempat lain.
Mana dia?
Seorang demi seorang masuk. Memeriksa keadaanya. Mencatat apa yang perlu pada sekeping kertas di hujung katil, setelah memeriksa segala aparatus yang mengelilingi dia.
"Miss, how are you doing?"
"I'm fine." Dengan senyuman di mukanya.
"Great, so far you're doing okay, .......-----"
Segala apa yang selepas itu, segala bebelan, segala penerangan dia tidak ambil peduli. Pandangan nya di lontarkan ke luar tingkap. Di sebalik banggunan pencakar langit di sekeliling kawasannya, warna matahari jingga kemerah-merahan terang melantunkan cahaya ke arah tingkap bilik tersebut.
Cepatlah datang. Aku perlukan kau sangat. Aku takkan kesah kenapa kau lambat, aku cuma nak kau ada. Aku tau kau takkan hampakan aku, kau tak pernah hampakan aku. Cuma,
"Why did you love me?"
"Huh?" Dia tak sangka soalan itu yang keluar, kenapa? "Because, I-- love you?"
"You have, everything. Great friends that have always cared about you, great parents, you are beautiful, rich, talented, intelligent- no, genius, kind, and yada yada. Why, out of all people, me?"
Dia tersentak. Kenapa macam tu sekali? Walaupun apa yang dikatakan tu betul, kalau betul sekali pun, aku, manusia biasa sahaja. Aku, tak mau dipandang begitu, lagi-lagi dari kau. Aku, ikhlas. Aku tau, kau memang layan aku macam manusia biasa, aku suka dilayan begitu. Kau buat aku tertarik, kau buat aku rasa macam, orang biasa. Aku tak perlu sebab untuk mencinta orang, aku tertarik dengan kau yang tidak tertarik dengan kelebihan aku.
Tapi, walaupun kau rasa pelik, rasa seperti orang sentiasa membenci kau kerana aku disamping kau, rasa tidak selesa, kau sentiasa ada untuk aku. Ya, kau memang ego. Tetapi, disebalik ego tu, kau amat perlukan perhatian. Aku rasa susah, nak selami kau, kerana kau tidak tertarik disebalik luaran aku seperti orang lain. Aku kena usaha. Dan aku telah. Tapi aku masih usaha. Tak pernah putus asa. Aku ingin kau rasa, apa yang aku rasa. Orang yang memahami aku. Aku nak kau tau, aku memahami kau. Aku cuba beri apa kau nak. Aku bahagia begini.
Apa yang akan aku katakan pada kau nanti? Aku risau, kau akan bersedih. Tapi kau kan, kuat? Kau sentiasa kuat. Kau bagai sang suria, tidak pernah padam. Sentiasa buat aku mekar. Tanpa kau aku layu. Aku takut kau, bersedih. Bagaimana kalau tiada orang yang mampu buat kau gembira lagi? Aku, rasa serba salah. Aku tak nak tinggalkan kau. Aku , kau, kita macam, saling memerlukan. Aku harap kau akan tabah. Aku tau kau kuat. Aku tak nak kau bersedih. Aku nak kau sentiasa gembira, macam sekarang. Walau apa yang terjadi, aku nak kau sentiasa senyum, tabah dan sentiasa melihat hikmah disebalik kejadian.
Cerah yang amat sangat, menjadi semakin malap. Terdengar sayup-sayup azan berkumandang. Dari warna jingga yang sangat cerah, menjadi semakin gelap, di ganti dengan cahaya lampu neon jalanan. Mana kau? Seribu seratus benda aku ingin katakan. Itu pun yang aku terfikir. Yang tak terfikir, yang akan keluar tatkala kita berbual tu, lagilah. Jadi cepatlah datang.
"I can't believe it, you actually watching TV3 news? And plus, dalam gelap pulak tu. Selalu dia lah yang selalu marah kat orang kalau buat macam ni."
Dia berpaling ke arah suara itu.
Dan dia, tersenyum.
Akhirnya.