24 September, 2010

Fall this time the times are useless, have you been through wonderful minds ?

Today, the nightmare came back. Only, it's less nightmare-ish. Which is good, but obviously, it's kinda makes me think for a moment. Wait, then it is a dream lah, considering it's not nightmare-ish enough to be a nightmare, but I thought dream would always be lovely, fulls of hopes, etc. Ahh.

Dreams/nightmares are mostly satan's and devil's work, anyway.

It started when I, suddenly rolling down a hills. It is not a grass-filled hills, unfortunately. It's a pavement, or maybe a tar road. But whatever it is, it hurts. And so after rolling for quite a bit, I stand up, slowly rose to see where am I.

Okay, frankly, I hate to do it in a 3rd person view. Perhaps it's be better if it's in a 1st person mode. And yeah, I think I'll go in bahasa mode. Or maybe rojak. Why?

Because I can.

Anywayss.

Sebaik aku bangun, sambil menepuk2 badan, peha, menghilangkan habuk, pelik, seolah bangun tidur perihal aku. Mengeliat semacam. Lengoh, penat berguling-guling ala hindustan, agaknya. Bollywood, berguling atas rumput, aku? Beza realiti dan mimpi. Macam terbalik pulak.

Dalam tertanya-tanya, aku terpandang atas bukit tu, ah. Rupanya, patutlah. Tersegam megah banglo dua tingkat. Pagar tebukak luas. Ada kanak-kanak berlari. Seraya aku melangkah mendaki kembali bukit. Di tegur oleh seorang puan, yang aku kira besar jugaklah pangkatnya, duduk di Federal Hill ni.

"Dik, kenapa?"
"Er, saya ni, sebenarnya tuan rumah ni dulu" Ah sudah. Bila masa aku punya rumah ni, mengarut!
"Er?"
"Ha tu kereta saya" Ternampak NAN 14 di jauh sedikit di belakang puan tu.
"Oh, em.."
"Sayaaa, nak tengok-tengok rumah ni sebenarnya, rindu, akak." Tersengih-sengih. Bukan kau lah yang aku rindu.
"Pemilik rumah yang terkeberapa sebelum akak ni"
"Tau, tau." Eh, tau?
"Masuk lah dulu dik, tengok-tengok lah. Maaf lah bersepah. Tengah kemas.

Ah, tak sempat pulak tatap muka puan ni. Yang penting, aku.. rasa selesa.. selamat? Entah. Aku melangkah, sambil dia menghilang. Yang aku sedar, aku, di ruang tamu. Dah ada tangga (satu lagi? Gile ape) ke atas? Waw. Ternampak ada budak sedang mengelap anak tangga.

"Eh dah tambah tangga pulak? Dasyat" Membuka bicara.
"..." Sambil usha slack aku. Ah. Ini, jangan cakap dia bisu pulak.

Jadi aku menuju ke ruang TV, di sebelah tangga. Ah, ruang favorite aku. Sekarang, jadi tempat dining hall. Besar, amat. Panjang. Haha. Muat untuk 10 orang lah. Ada hidangan atas meja. Ada cook sedang hidangkan makanan. Kiri-kanan aku toleh. Ah ni sempat jugak aku try, macam menarik je nii. Baru tangan nak sentuh makanan, tiba-tiba

"Aizat! Dah la tak tolong, merantah pulak! Eiii boys are always the same!"
"Sorry!" Seraya aku menahan tangan aku di kepala. Eh?

Ruang makan yang tadi riuh, sunyi sepi. Tak ada orang.

"Aizat.."

Tercari-cari, apa bunyi tu?

Seraya, bunyi titisan hujan mula jatuh di luar, atas zink. Erk. Hujan. Ergh.

"Encik, buka lah kasut tu, nanti puan marah."
"Huh? Okay, okay" Alamak lupa pulak bukak kasut. Apa ni, gila tak beradab. Sapa pulak tegur aku tadi? Oh, maid gamaknya. Tengah sibuk membersihkan karpet tebal warna putih bercorak tu.

"..Aizat.."

Lagi?

Aku bergerak, automatik. Menuju ke ruang antara dapur. Tapi, mana? Mana sambungan ke dapur? Mana pintu? Dah, bersimen? Apa ni? Aku, hanya mampu lihat di tingkap, ke arah garage, dapur, semua. Termenung. Sunyi. Banyak berubah dah rumah ni. Rindunya aku.

"Assalamualaikoommmm!!!"
"Wa'alaikum salam"
"Eh, Atiqah, what are you doing here?"
"I've been waiting for you, for ages, cepatlah, grab your bike!"
"Ha?"

Eh, dia. 5 tahun?
"Nanti lah, Aizat tengah terkejut lagilah. Hang ni loqlaq lah Atiqah. Report kat Mummy nanti tau"
Wait, Anwar? Kurus, berambut, macam dulu?

"Aizaat!"
Ismail? Tak sedar aku kau kecil sangat. Eh Habib? Eh? Ustazah Zee pun ada? Tadika ada buat rombongan. Wait, tadika?

"Aizat!" Wah Nasrun Faiq!
"Woit Aizat!" Mufid! Kau ingat lagi digimon ver 4 aku tu kat kau!
"Aizat, lama tak jumpe kau" Farouq, ah, rindu kau. Still pucat macam dulu. Patut lah aku terperasan Edward Cullen tu macam familiar, beza, kau rambut perang, dan kau pakai speck.
"Aizaatttt" Wan Muhammad Afiq Afifi! Mana abang kau, Afiq Aqili? Abang aku dah lama tak jumpa dia.

Sorang. Sorang. Afiqa, Hashima, Fitri, Haifa, dan cosin dia Hafiza, sorang, sorang.
Bob! Eh kau.. bulat? Zul! Bulat jugak, hahaha! Ada Shahrizan, ada Syed Tariq, ada Sofhatun, hahaha kecik kecik, comel! Semua muka budak-budak!

"Aizat! Bayar hutang!"
Ah Wei Lin! Xing Hui! Sue! Oh you're wearing tudung, but still looks good on you! Auffa, Devan, Rafique, Lili, Shalini, Nadmin, hahaha, semua datang nampak pint size je.

Amal, sambil pakai uniform sekolah biru kau! Hahaha, mE, still the same, which part of you yang nampak tua pun tak tau lah. Ada deevon, Aeons, kens, flame.. semua..

Sorang. Sorang. Satu, dua, tiga, sepuluh, sebelas, dua puluh tiga, lima pulah lapan, seratus tujuh.. ah, malas nak kira. Tersenyum. Sedikit demi sedikit. Semua. Dari kecil. Sampai ke menengah rendah, spam inc, atas, 7-e, 508, universiti, semua. Tak ada seorang pun. Tertinggal.

Termasuk, yang dah tak ada.

Baru aku sedar, ni.. Mimpi. Terurai mutiara kaca dari mata. Tatkala mereka semua melambai, memanggil masuk dalam susunan untuk bergambar. Mimik mulut, pergerakkan, "Cepat lahhhh! Kami dah reserve seat kat sini!"

Semua, dalam bentuk yang aku paling ingat. Haha..ha.. Seorang, demi seorang, sambil cahaya flash berkelipan, hilang. Hilang. Hilang. Makin laju air mata mengalir. Mulut aku, ternganga. air mata mengalir, ke mulut. Ah, hodoh rupa aku, agaknya.

"Jangan la macam ni, you look ugly" Sambil ada tangan letak atas bahu. Aku tak tertoleh. Teresak-esak aku. Makin laju ada lah.

Dua dua tangan dari dua dua bahu, mula dilunjurkan ke dada yang menahan sebak.

"Sabarlah, memang dugaan. I know that, you're strong kan?"

Berusaha aku, membukak mata. Buka buka, curtain meliuk liuk atas kepala, mata aku masih berair. Mendung cuaca pagi tak membantu, aku membeku di situ.

Menyesal, minta sedar awal dari mimpi tu.

7 comments:

Nur Fatin Amirah said...

hope u will always be strong person...

saiful aizat said...

i certainly hope so. thanks anyway C:

ikinroslan said...

memory, always be in mind.
juz, -- u and memories that have been made among us.

Nur said...

wah kinn. -- aizat je? kite??ah jeles nehh

saiful aizat said...

@kin - thanks :')
@nini - heh.

ikinroslan said...

--: miss u too lar. and our memories.

Nur said...

/6 : tehee.i knw i knw *blush2* ;p