25 September, 2010

tentang memori

pagi ni, aku ke Esso mak Haikal untuk mengambil duit. Dah seminggu kak Aisyah kirim suruh ambik duit. duit jual kuih raya. Total dia RM466. Tapi tak sempat2 ambik. Hari ni jugak aku paksa diri pegi ambik. Bila lagi, kan?

Sampai-sampai Kak Imah tu tak ada. Adeih. Kakak cakap dia dah pi dah, tapi seminggu jadi macam tu, sbb tu dia suruh aku lak pegi haritu. Siod. Takapa, sebab aku tengah basuh kereta anyways. Sambil tu beli potato chips, dan F&N hijau. Suka aku, sebab dah lama tak makan minum benda mengarut ni. hahahahaha.

Aku ni, memang camni. Syiok. Tengok orang bersusah payah bersihkan Edith. Bagi dia putih melepak balik. Tonyoh daki daki dia tu ha. Tula, asyik duk teman je. Dah lama tak bercuci.

Sambil kunyah, aku rasa, macam banyak pulak. Dulu waktu kecik pun, boleh je habis kan. Siap ada second lagi hahah. Terus, masuk lorong memori.

Sraappp!
*Grab*
"Eh?"
"Hm?"
"Oh, takde ape-ape."

Besok di sekolah. Aku nampak member bukak keropok twisties.

*Grab*
"Hoi!"
"Eh?"
"Ish penat mak bapak aku beli wuuu wuuu"
Erk. Maaf lah. Hairan aku.

Balik dari sekolah. Aku lihat sahaja dia beli Mr. Potato warna putih. Cis, kurang garam! Sambil berjalan kaki, aku hirup Slurpee.

Sraappp!
Slurrrppppp.
Sambil slurp Slurpee tu, aku tengok sahaja. Dia tengok aku balik.
Senyum. Lalu hulur.
"Ha?"
"Kenapa, nak kan?"
"Er, okay.."

Sambil berjalan aku diam sahaja. Kunyah pun, sopan je. Serabut kepala otak aku ni. Biar benar.

"Kenapa.."
"Hm?"
"..kau ba-"
"Nak?" Eh eh, selamba potong cakap aku. Cis!
"Dengar la"
"Ape nyeee."
"Kenapa kau offer?"
"Cause I'm awesome. Hahaha"
"..."
"Ish, sebab, chips, kalau share lagi best, kan? Makan sorang-sorang, tak best."

Aku terdiam. Memang betul, tapi, aku tak realize pun benda ni. Memang aku rasa camtu, sebab tu lah aku buat macam-macam kat orang. Well, aku pelik. Dan sekarang, aku sedar, dengan siapa I'm messing with.

No comments: