06 March, 2011

flapping birds; apparently it's knocking on my door.

Pedal minyak aku tekan, mencecah lantai. Kereta ke kiri, ke kanan, ke kiri, mencelah mencari ruang. Ekor mata tercari-cari ruang, dalam ketidak-ada tumpuan. Entah kenapa aku nak balik sangat, padahal aku dah dekat kolej aku.

Semalam ada dua peluang aku tentukan untuk ikut gerak hati aku atau tidak. Gerak hati aku yang pertama, balik rumah. Aku gagahkan diri aku pulang. Kali ke dua, tak, aku tak buat. Aku patut buat, itu mungkin boleh buat aku rasa lebih lega hari ni.

Malam tadi aku tidur lena. Sungguh. Penat, fatigue, entah. Aku tak tau, apesal lena sangat. Bangun pagi-pagi, buat rutin seharian aku. Lepas selesai tanggungjawab aku pagi buta tu, aku baring, tengok dekat luar. Sampai aku terlelap.

"Aizat, Aizaaaattt."
"Ye mama" Dengan mata separuh terbukak, dan aku pasti ada air liur dekat bibir aku, aku menyahut panggilan mama.
"Mama ada benda nak bagitau, bukak pintu dulu"
"Ha? Awat mama?"
"Ni nak habaq la ni. Bukak pintu dulu" Seperti yang disuruh, aku bukak pintu.
"Ayah kawan Aizat meninggal"
"Hah?"
"Kawan papa tu, apa tah nama dia. Zul ke apa tah"

Aku terpegun jap. Berita yang paling aku taknak dengar, berita yang paling aku benci, benda yang aku paling tak suka dengar, adalah ni. Berita musibah orang lain. Lagi lagi waktu pagi buta. Anyway siapa bapak dia Zul? Zulhusni? Zulfadli? Jap. Zulkifli? Tu bukan ke

Nadmin.

Kawan papa, tick. Kawan aku, tick. Sakit, tick. MashaAllah. Terus aku dail nombor Nadmin. Tak berangkat. Selang 5 minit kemudian, dapat message dari tuan punya badan.

"Aizat, ayah sy baru meninggal"

Terus aku call. Berderau darah aku baca. Bila cakap dengan dia, aku jadi gugup. Aku jadi hairan, apesal aku yang jadi bukan-bukan pulak ni. Kelu, ape jadah lagi lah. Apesal aku yang jadi macam ni? Macam celaka. Dia pulak, sangat firm, dan tenang.

"Dah ketentuan, terime jela"

Selesai bercakap, aku rebahkan badan aku. Kepala aku terbayang papa. Oh, patut lah.

"Aizat, mama nak pi rumah dia, Aizat tunjuk jalan okay?" Aku terjaga. Terlelap.
"Ha? Papa?"
"Papa, ada event dengan RELA. Dia tak boleh cancel."

Jadi aku drive lah mama dan kakak aku, ke rumah arwah. Ternampak Ustaz Hanif, suami Cikgu Shahrifah. Cikgu yang mengajar aku dari darjah 4, sampai 6. Ustaz yang ajar aku mengaji al-Quran dari darjah 4, smpai 6. Khatam 3 kali tak silap aku.

"Papa lambat lagi?"
"Ha'ah kot."
"Shooting practice ke, ada majlis ape?"
"Wallahu'alam Ustaz, tak sempat kot nak datang."
"Sempat kot, insha Allah. Kebumi lepas Zuhur."

10, 15 minit aku dekat sana. Tak jumpa orang yang aku nak jumpa. Tuan rumah, Nadmin dan arwah. Aku kecewa. Mama nak balik dah. Aku redha. Bodoh.

Terbaring dekat living room, depan TV. Mama nak tengok Melodi, sukahati lah. Menyampah aku dengan berita artis sekarang. Lebih kurang lepas solat Zuhur, papa called. Papa cakap papa baru nak bertolak dari majlis. Macam tau-tau je aku tak ikut mak aku keluar dengan kakak aku.

20 minit kemudian sampai depan rumah. Dengan seragam RELA dia tu, keluar, dia duduk seat satu lagi. Aku drive? Tutup pintu, papa menjawab soalan aku tadi,

"Aizat drive lah, papa tak larat."
"Papa dari mana?"
"KL"

Kuala Lumpur saudara saudari sekalian, ke Rawang, 20 minit di tengah hari Ahad, adalah satu achievement ye.

"Ni pun papa suruh naib papa handle benda alah tu. Serba salah. Waktu tengah shooting tadi pun aim lari habis, kepala tak fokus."

Sampai je tanah perkuburan, laju je ayah aku menapak. Besar-besar je langkah dia, dengan kulit muka dia pucat kemerahan. Ish, tak pakai cream yg doktor bagi ke ayah aku ni. Nampak dia bersalaman dengan Hadi, dan ayah Hadi, Haji Muhammad. Lalu di tunjukkan jalan ke bawah khemah, dia duduk sebelah keluarga. Aku tegur Hadi, lalu aku tengok ke arah khemah.

Dah siap dikebumikan dah. Malang. Aku dengan Hadi, dalam khalayak ramai tu, berdiri je. Membaca tahlil, mengaminkan do'a. Pandangan aku tak lepas dari susuk orang yang duduk di hadapan kubur, di hadapan sekali, membelakangkan aku. Selang 2-3 orang, ayah aku. At one point aku nampak ayah aku dengan dia, 2-3 orang lagi tu blurrr je.

Macam mana lah aku nanti. Mampu ke aku duduk, menghalakan pandangan ke arah kubur tu, macam perempuan ni buat? Sekuat, setabah dia? Apalah yang akan jadi dekat ayah aku, entah bila. 2 hari, 3 minggu, 4 bulan. Entah bila. Bersediakah aku?

Semua pandangan dilemparkan ke arah pembaca do'a, apabila dia tersekat-sekat membaca do'a. Sebak. Serentak mata aku bergenang. Aku benci dengan diri sendiri. Over reaction, entah lah. Kenapa aku nak sedih sangat ni, aku tak tau lah. Bukan aku rapat pun dengan arwah, tapi entah lah.

Do'a di sambung orang lain. Aku mengaminkan sahaja do'a. Nampak adik Nadmin, duduk sebelah pembaca do'a tadi. Di sebut nama arwah, lalu di palingkan kepala ke arah adik lelaki Nadmin tu, dia mengganguk. Aku perhatikan sahaja, tangan terketar-ketar menadah tangan, mengaminkan do'a.

Nampak pulak kelibat seorang lagi pemuda, entah siapa. Duduk bertentangan aku, mengambil secubit tanah, di picit, di biar butir-butir tanah tu jatuh ke tanah kembali; Dari tanah kita dihidupkan, di tanah juga kita dikebumikan, dan dari tanah juga kita dihidupkan kembali.

Selesai do'a, aku berdiri. Dan terus berdiri. Melihat keluarga arwah menaburkan bunga, menuangkan air mawar, melihat si kecil dipimpin menuangkan air. Aku, berdiri, entah tak tahu menahu, orang disekeliling aku mula beransur, entah bila Hadi pulang. Bila sahaja aku sedar, bila lagu Heart In A Cage, bunyi riff gitar Nick Valensi berbunyi.

Sambil aku mengorak langkah ke kereta Mini Cooper S tu, aku menyedekahkan al-Fatihah dekat siapa sahaja yang pernah ada, dan pergi dari hidup aku. al Fatihah jugak aku sedekahkan dekat arwah.

Papa drive balik. Aku cuma tengok luar tingkap. Dalam hati masih bersyukur, yang drive sebelah aku ni, papa. Ayah aku. Dia masih ada, aku masih ada peluang. Aku patut bersyukur sangat.

Aku masih ada masa.

04 March, 2011

flapping bird, #1

Faizal.

Aku termanggu manggu. Apekejadah, atau dalam versi translatenye what the hell? Mimpi ke hape aku ni?

"Kau sape nak cakap macam tu?! Kau ingat kau bagus sangat ke?! Kau ingat kau faham aku, kau tahu ape aku rase?!"
"Aku cuma cakap yang betul je,"
"Kau DIAM!"

I'm just stating the obvious.. Aku masih mumble. Sambil melihat dia ditahan oleh rakan sekelas. Ah bukannya aku tak kenal perempuan tu, biasa lah, dah adat menjadi hamba yang Esa ni, yang pergi kena lah let go. Takkan nak meratapi kot.

Allah lagi menyayangi.

Tapi in the end, setelah hampir separuh dekad berlalu baru aku tau,
aku salah.

Aku cuma stating the obvious, yes, I am. Tapi takkan lah mamat tu bengap? Bodoh bebal? Dia, anak YDP PIBG kot. Kelas, nak kelas 4 Sejati, 4 Sc1, PMR 7As, EQ lagi lah gile, kalau x nak ukur dengan IQ. Dia punya common sense boleh katakan lagi tinggi lah, kalau nak banding dengan aku.

Aku, yang pandai. Pandai fotostat jawapan peperiksaan. Fotostat dari buku, ke buku jawapan peperiksaan. Apa yang aku pandai? Terima fakta dari buku. Dia? Membahaskan fakta tu. Membahaskan kenapa Dato' Onn punya idea membuka keahlian UMNO kepada semua kaum ditolak mentah-mentah oleh kaum Melayu, sedangkan itu merupakan penyelesaian kepada segala-galanya.

Aku panggil dia mengarut. Walaupun dia teman aku. Dia trouble maker. Si rebel yang tak pernah fikir kedudukan sendiri. Bagi aku dia mengharapkan bapak dia. Tak padan dengan susuk yang kecik.

Aku ingat aku faham sangat dia ni.

Jawapan yang aku berikan dekat dia, yang membuatkan dia menghayunkan buku limanya ke pipi aku, walaupun yang pertama dia tak sampai sebab dia berdiri pun tak betul, nak tumbuk orang. Jawapan yang diberikan aku, sangat-sangat, banggang.

Jawapan Text Book. Jawapan yang boleh dicari dimana-mana buku.

Pernah ke aku faham dia?

5 tahun sebelum tu, dia merupakan free spirit. Bebas merantau ke seluruh Taman Desa, di fasa tiga dan empat, merayau sampai ke Sungai Bakau, berbasikal di sebelah lori-lori yang besarnya beratus kali ganda fizikal genitnya itu.

Membakar kulit di tengah terik panas. Yang mengajaknya? Aku lah, sapa lagi. Aku carry dia, dia duduk antara handle bar tu. Perh, hati kering sial waktu tu. Padahal baru darjah 4.

Tapi bila aku darjah 6, aku dah dapat tawaran macam-macam untuk jadi pengawas lah, ketua kelas lah, ape lah. Sebab fizikal aku, aku lagi tinggi. Dan aku ni, kira jambu jugak lah.

Dan trend tu berterusan sampai ke.. sekarang. Aku, masih lagi pengawas. Rambut bersikat, bersih, kemas. Sentiasa poket berbuku nota. Dia, memilih untuk menjadi Pembimbing Rakan Sebaya. PRS lah sangat, padahal kau tu dah boleh kategori merosakkan orang lagi ade lah.

"Kau.. buat ape ni?"
"Ha?"
"Aku tanye kau ni Faizal. Kau tengah buat ape ni"
"Aku, tengah jaga tangga lah. Apesal"
"Hahah! Dari kau jaga tangga, pekate, kau join ktorang, main conquer kat dalam kelas ni. Ha.. Kan sejuk, ada kipas bagai. Kerusi pun ade, boleh duduk"
"Eh kau gila hape. Amanah ni, amanah"
"Haha asal, kau jaga harta karun ape ni?"
"Puan Maimunah ni, suruh aku jaga tangga. Jadi dia bagi aku amanah, aku kena la jaga"
"Erk. Aih, sukahati kau lah. Jaga tangga tu, buat apa? Bukannya kau menolong orang pun jaga tangga"
"..."
"Baik kau lepak dengan member kau. Nanti besok lusa diorang takde, hah, kan dah rindu pulak karang. Macam aku, aku tau kau rindu aku kan. Kahkahkah. "
"Eleh, dah dah, jangan masuk kelas kite. Kang aku tulis nama kau kang"
"Tulis lah! Bwekkk"

Macam budak-budak, tak reti ikut peraturan! Tak matang!
"Awak, kalau awak nak tanya soalan bukan-bukan dalam kelas saya, baik awak keluar."Puan Sumaiyah, dah memberi amaran. Komfirm diam punyalah kelas kali ni. Aman sket. Pergh.

DRRRRRRRRRRP.

Bunyi kerusi bergerak. Aku yang tengah menghighlight nota ni pelik.

"Hei awak nak pergi mana tu?!"
"Keluar kelas lah, mana lagi"
"Duduk, sekarang jugak!"
"Tadi cikgu cakap kalau ada soalan pelik-pelik keluar kelas"
"Kenapa awak degil sangat?"
"Sebab saya nak tahu, cikgu kan cikgu sejarah"
"Awak duduk, diam, baca buku tu, hafal fakta buku tu, jawab soalan peperiksaan ikut jawapan buku tu, buat mak ayah kaya awak tu gembira, sudah lah!"

Tergamam aku. Apa lagi lah kau ni. Give-up jelah, jangan lah jadi attention seeker sangat..

Dia duduk kembali. Termenung ke luar.

Dan macam-macam lagi. Penat seh kalau nak ingat balik segala apa yang dia pernah buat.

Tapi, sejak 8 bulan lepas, dia.. berubah. Tak, dia masih dengan ideologi bodoh dia tu, cuma dia dah lebih toned down sikit. Maka aku diperkenalkan dengan Diana. Seorang perempuan yang, aku tak tahu kenapa dia boleh melekat dengan mamat ni. Dalam banyak-banyak orang. Banyak lagi yang jambu, cute, hot, dsb. Dengan pakej dia, tak payah petik jari, orang nampak je dah berkerumun.

Mamat ni pulak rimas dengan perempuan ni. Perempuan tu lah yang mengongkong dia! Dia dah tak bebas, dia dah tak ada kebebasan bersuara dia dah.

"Aku tak boleh lari dah dohh."
"Hah, kau nak lari sangat apesal"
"Aku, tak biasa macam ni"
"Ape jadi sebenanye"
"Dia tuu, tak ubah macam pak gad dalam hidup aku! Diupah oleh mak bapak aku untuk mengacau hidup aku!"
"Dah tu, lari jela. "
"Tapi, dia.. faham aku."

Aku salute perempuan tu, betul.

Tapi bila jadi macam ni, aku tak puas hati.

"Kau tak dengar ke aku cakap, dia dah mati! Let it go man!"
"Easy for you to say!"
FUUUP.
"Eh?" Tak kena. Tumbukan dia tak kena. Gila!
BAAAPP. Satu lagi tumbukan melayang. Kali ni mengena sasaran. Pipi aku.

"Cuba kalau kau pulak kena macam aku!"
"Cuba kalau kau rasa macam aku rasa!"
"Cuba kalau kau dianggap masalah oleh orang lain, macam aku rasa!"
"Salah tau tak, jadi aku! Berdosa! Aku, tak boleh jadi aku! Aku kena jadi macam orang nak, aku kena jadi cendekiawan buku, berkepit dengan buku tak kira mana aku pergi! Aku kena jadi macam bapak aku, YDP PIBG! Doktor!"
"Siapa boleh terima aku dekat dunia ni? Siapa yang boleh aku cerita macam-macam? Siapa yang aku boleh meluahkan perasaan aku, kau? Cikgu? Sape?"

"Sape boleh teman aku lagi lepas ni, sape boleh gilakan cerita-cerita, auta, fakta, falsampah aku lepas ni?"

Aku terdiam. Dia terduduk.

Cerita pasal mamat ni, aku tak tau lah. Dia ni, memang masalah. Cuma sehari lepas tu dia ni berpindah sekolah. Ke sekolah berasrama.

Susah nak jadi diri sendiri. Bak kata dia, berdosa. Masyarakat sentiasa menghakimi diri. Dia tu serabai lah, dia tu muka macam mat pit lah, dia tu lembut, macam cibai.

Dia tu, kaki kacau. Sebab apa? Sebab dia memang macam tu. Biasalah.

Yang paling sicknya, aku. Sebab aku sebahagian dari masyarakat tu. Sial.